Assalamualaikum ya muslimat. :)
Kita sering dengar bahawa muslimah seperti kita ni tidak boleh berhias berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian lelaki kan? Kan? Ok, kali ni jom kita faham sebentar sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tabarruj.
Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab:33
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)
Sebenarnya ayat dekat atas tu adalah sebagai petunjuk/tunjuk ajar kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. yang terdahulu agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Dan ada banyak jugak pendapat tentang tafsiran mengenai tabarruj. Antaranya:
i- Berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya.
ii- Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.
iii- Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.
So, kalau bahasa ringkasnya adalah kita sebagai muslimah berlebih-lebihan dalam berhias sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi yang bukan mahram kita.
Contohnya :
1) Make up yang tebal-tebal.
TIPS untuk anda : Tidak perlu, sebaliknya compact powder sudah cukup membuatkan anda tampil kemas dan menghilangkan segala minyak di muka anda. :)
2) Pakaian yang liplap2 (berkilau la maksudnya tu), or tudung mcm najwa latiff ke, hana tajima ke..
TIPS untuk anda : Siapa kata awak tak boleh pakai tudung comel seperti najwa atau cantik seperti Hana tajima. Tetapi harus diingatkan, pastikan tudung kamu tu menutupi leher yang mulus, anting-anting telinga, tiada bonggol unta, tidak jarang dan most important thing cover ur chest. Serius, mesti ohsem. :)
Kesimpulannya, kita tidak perlu make-up tebal seperti Megan Fox, girl generation dan sebagainya (contoh :D ) tetapi cukup kita tampil kemas, modest dan cantik. ^^ Jangan nanti di hari raya nanti kita terlalu menarik perhatian lelaki. Nanti jenuh mak kita nak sambut tetamu yang datang ke rumah disebabkan untuk meminang anda. ^^
Untuk paparan lebih jelas apa sebenarnya tabarruj, jom tengok video yang ohsemm ni ------------->
No comments:
Post a Comment