اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Sunday, 7 October 2012

Facebook! I love u!! seriesly..


Bertambahnya tahun hijrah, bertambah juga kemodenan. Seiring dengan modenisasi segalanya  bertukar kepada teknologi. Hampir semua proses komunikasi dan penyampaian maklumat melibatkan penggunaan teknologi. Dengan kehadiran Mukabuku, kicauan burung, dan mungkin ada yang lebih techno dari itu benar-benar telah menggugat kredibiliti remaja muslim masa kini. Mungkinkah kehadiran ini salah satu fitnah duniawi?? 
Tidak dinafikan saya juga salah seorang daripada pengguna Facebook dan suatu ketika dahulu saya juga pernah mengalami ketagihan facebook sehingga ianya menggangu kehidupan seharian saya. Ya, itu sewaktu zaman jahiliah saya.. Bayangkan ketika di zaman jahiliah dulu, ketagihan saya terhadap facebook sangat dasyat ditambah dengan kehadiran wifi dimana mana sahaja saya berada. Akhirnya..sampai 1 tahap saya menjadi famous disebalik topeng facebook. Sehingga ketidakhadiran saya di dunia facebook menjadi tanda tanya beberapa individu.

Nafsu untuk berfacebook meluap - luap tatkala diri saya kadangkala menjadi tempat rujukan untuk sesuatu isu, diminta untuk memberi komentar dan nasihat serta dilantik menjadi admin di beberapa buah group politik, keagamaan mahupun group yang merepek. Kadangkala kehadiran saya diperlukan untuk menjernihkan suasana disamping disebabkan kerajinan saya berkongsi sesuatu yang bermanfaat di facebook. Err..(bermanfaat kot)
Tragisnya saya seperti bekerja tanpa gaji dengan mark zuckerberg.
Tetapi…situasi itu tidak berpanjangan, alhamdulillah… Allah menyedarkan saya tentang lebih dari 1 perkara tentang Facebook..

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan facebook dan beruzlah (bersendirian) untuk memperbaiki diri. Dan akhirnya..alhmdulillah..ketagihan itu mampu diubati walaupun terasa kesaktian (kesakitan) yang dasyat. Astagfirullah..facebook ini sangat dasyat (bagi saya, mungkin bukan anda) sehinggakan saya menderita kesakitan apabila tidak menatapnya walaupun sehari.   Namun, hari ke hari di tempuhi dan akhirnya proses uzlah itu berhasil! Alhamdulillah!

 Disebabkan itu juga saya ingin mengajak teman-teman sekalian untuk berwaspada dengan FB. Tidak lain tidak bukan kewujudannya adalah agenda yahudi untuk melekakan remaja Islam. Kebaikannya terlalu sedikit berbanding kejahatan yang dimilikinya. Saya mengambil sedikit manfaat dari perkongsian seorang pendakwah yang menyatakan bahawa kebanyakan pemuda pemudi Islam seantero dunia kini banyak menghabiskan masa dengan berfacebook, twitter dan hiburan sehingga melemahkan jiwa dan akhirnya hanyut di dalam permainan dunia,. Akhirnya pemuda pemudi Islam lupa akan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dan khalifah. Terlewat solat sebab facebook sudah terbiasa, bagi muslimah yang suka mengupload gambar yang boleh menaikan nafsu syahwat lelaki sudah menjadi hobi yang tidak perlu dimalukan lagi. Malu itu sebahagian dari iman (bukan separuh dari iman)..mungkinkah sedikit keimanan anda telah dirobek oleh fb?? Dan khalifah itu tewas dengan nafsu sendiri….

Apa yang dilakukan di dalam hidup bukan lagi menjadi rahsia seseorang. Semuanya ingin dikongsi, seluruh dunia perlu tahu tentang aku! tentang segalanya! supaya aku tidak dilupakan. Sampai satu tahap bila saya buka FB saya merasakan
 “ai, benda macam ni pun nak share dekat fb ke?”. Terdetik dihati, “dulu aku juga begitu’ Terasa kebodohan diri apabila mengenangkan perbuatan silam.

 BUT3..tak semua macam itu dan saya yakin anda juga bukan termasuk dalam kategori yang suka mendedahkan perihal hidup anda kan? mungkin juga kita berkongsi perkara yang baik dengan niat untuk mengajak orang lain mencontohi kita. Contohnya “ alhamdulillah..hari ini Allah telah mengizinkan aku untuk memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan, jom kita sama-sama hidupkan amalan bersedekah!”.
Jikalau  dibaca dan diamati tiada masalah pada post ini sebab ianya mengajak kepada kebaikan. Cuma.. mungkin ianya boleh membawa kepada perasaan riak, mencari pengiktirafan dari manusia dan seangkatan dengannya. Nauzubillah… betapa banyak amal yang kecil menjadi besar kerana niat dan betapa banyak amal yang besar menjadi kecil kerana niat. (kitab Ar-Raqaiq, Ar-Rasyi). 

Mungkin ada yang mempersoalkan, riak atau tidak hanya Allah yang tahu, ikhlas atau tidak pun hanya Allah yang tahu. Ya, memang benar cuma nasihat saya ini sebagai langkah berjaga-jaga. Ibnu Qayyim berkata “amal yang paling bermanfaat adalah amal yang tidak diketahui manusia kerana ikhlas dan tidak diketahui oleh diri anda sendiri dengan anugerah, sehingga kamu sendiri tidak tahu, apatah orang lain (Al-Fawaid). Wallahualm..
Agaknya agaknya jikalau post yang tidak bermanfaat bagaimana pula ya??hmm..

Mungkin ada yang beralasan  ok, kalau aku tak post benda-benda yang macam tu tapi aku share benda-benda yang bermanfaat camne? Kan boleh gunakan facebook untuk berdakwah?”

Boleh berdakwah dengan facebook mahupun berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat, tetapi sedarkah anda berdakwah tanpa ilmu itu membahayakan anda.

 Habis tu nak kena tunggu ada title ustaz ustazah dulu baru boleh berdakwah ke? 

Tak perlu tunggu ada title tu tapi tunggu anda ada ilmu dulu. Pergi Belajar ilmu agama bukan ilmu dunia sahaja. Lebih baik sekiranya anda belajar agama secara berguru supaya mudah untuk mendapatkan penjelasan sekiranya terdapat kekeliruan berbanding membuat kesimpulan sendiri hasil dari pembacaan mahupun selain daripada itu. Ini bertujuan untuk mengelakkan diri kita yang jahil daripada berkongsi sesuAtu yang tidak sepatutnya. Contohnya, perkara yang kita kongsikan itu mungkin perkara bid’ah, hadis palsu, dan lebih dasyat dari itu dimana ianya mungkin melibatkan ibadah dan persoalan akidah. Lalu orang lain menyampaikan pula pada orang lain. Pada asalnya niat berkongsi di facebook untuk tinggalkan kebaikan (peninggalan) yang baik last2 sebaliknya pula.

 Mungkin pada pandangan jahil kita semua, ini perkara baik dan bermanfaat tetapi jika kita berilmu baru kita tahu sama ada perkara itu kebenaran dan tidak membawa kepada kesesatan serta merosakkan akidah.  Terdapat juga artikel-artikel islamik dan kata-kata yang berbaur motivasi terutama sekali seperti “ Allah  nak tengok, Allah nak lihat, Allah nak menguji kita untuk tahu sama ada kita beriman atau tidak jadi bersabarlah dengan ujian yang diberikan”.  Benarkah Allah beri ujian sebab nak tahu? Benarkah perkara ini?? Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Tidak perlu diuji Allah sememangnya sudah mengetahui.

Pasti kita pernah bertemu ayat-ayat seperti ini:

Firman Allah “ dan pastilah Kami akan menguji akan kamu hingga Kami dapat ketahui akan orang-orang yang berjihad di jalan Allah daripada kalangan kamu,. Dan akan orang orang yang sabar berjuang di jalan Allah. (Muhammad, 31).
“ dan tidaklah Kami jadikan qiblat engkau yang dahulu itu melainkan supaya Kami dapat tahu orang-orang yang mengikuti rasul daripada orang yang kembali kepada kekafiran” (Al-Baqarah,143)

kemudian, Kami bangunkan mereka (ashabul kahfi) supaya Kami dapat tahu manakah di antara dua kumpulan itu yang lebih tepat perhitungannya (tentang lama Ashabul kahfi tidur di dalam gua itu)”( al-Kahfi,12).

Adakah ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Allah nak tahu? Kalau ya maknanya itu telah berlawanan dengan sifat Allah Yang Maha Mengetahui dan mengiayakan sifat mustahil Allah iaitu jahil. Dah diberi ujian baru dapat tahu mana yang beriman mana yang engkar. 

Firman Allah “ …Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi Pengetahuan-Nya” (Luqman,3)
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahui melainkan dialah sahaja” (An’am,59)

“Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur), pandangan mata seseorang serta mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati”.
Apa kata anda?

Jadi, kita tidak boleh mentafsirkan ayat di dalam AlQuran sesuka hati kita, kalau kata kasarnya jangan mentafsirkan ayat guna kepala tengkorang sendiri.
Seperti yang kita tahu, ayat Al-Quran itu terbahagi kepada dua iaitu ayat2 Mutasyabihat (samar2) dan ayat Muhkamat (terang).  

“Dialah yang menurunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok AlQuran dan yang lain Mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-cari fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata “ kami beriman kepadanya (Al-Quran), semuanya dari sisi Tuhan kami. Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang beraqal.( Ali-Imran, 7).

Untuk lebih faham apa itu ayat mutasyabihat dan muhkamat sila lah menuntut ilmu dengan mana-mana xifu ini kerana terdapat sebahagian ayat yang tidak boleh ditakwil sesukahati tanpa ilmu. 

Ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita bukanlah bermaksud Allah hendak tahu siapa di antara kita yang beriman tetapi Allah hendak menzahirkan atau menunjukkan kepada kita. 

Firman Allah “ dan pastilah Kami akan menguji akan kamu hingga Kami dapat ketahui akan orang-orang yang berjihad di jalan Allah daripada kalangan kamu,. Dan akan orang orang yang sabar berjuang di jalan Allah. (Muhammad, 31).

Berdasarkan penerangan yang telah di sampaikan oleh Syaikh Abdullah Al-harari Al Ma’ruf bil Habasiyyi di dalam kitabnya Ash-Shiratul Mustaqim, bukanlah ayat ini bermaksud bahawa Allah ingin mengetahui siapakah di antara mereka yang benar-benar berjihad kerana Allah, dimana pada asalnya Allah tidak mengetahui tentang mereka melainkan dengan diuji. Adalah sesuatu yang mustahil jika Allah hendak mengetahui sesuatu perkara maka Allah akan uji dulu orang tersebut.
Bahkan makna ayat ini ialah Allah nak zahirkan, siapakah di antara mereka yang benar-benar berjihad kerana Allah dan sabar dengan segala perintah Nya. Dan dengan ujian ini jugalah dapat diketahui siapa yang munafik. 

Begitu juga semasa peristiwa pertukaran arah Qiblat. 

dan tidaklah Kami jadikan qiblat engkau yang dahulu itu melainkan supaya Kami dapat tahu orang-orang yang mengikuti rasul daripada orang yang kembali kepada kekafiran” (Al-Baqarah,143)

Di dalam Kitab Tafsir Ibnu Katsir disebut tafsir ayat ini “Hanya sesungguhnya Kami Syarakkan atau Perintahkan kepada engkau (Hai Muhammad) akan kerja mengadap Qiblat pada awalnya ke arah Baitul Maqdis. Kemudian Kami palingkan (tukarkan) akan engkau daripadanya ke arah Kaabah pula, supaya nampak zahirlah hal keadaan orang-orang yang mengikut akan engkau. Dan mentaati akan engkau, dan mengadap Qiblat Kaabah  bersama engkau sekira-kira kemana sahaja engkau mengadap. 

Ok, untuk lebih faham. Mari kita flashback kembali kisah silam kita. Mungkin dulu anda penah diberi ujian oleh Allah yang sukar untuk anda lupakan. Contohnya anda mempunyai ramai teman, mereka sentiasa bersama anda dan berjanji untuk bersama dengan anda diwaktu susah dan senang. Tiba-tiba dengan taqdir Allah anda diuji, lalu kawan-kawan anda yang berjanji pelbagai janji manis itu hilang dan tidak membantu anda. Jadi, melalui ujian ini, Allah nak zahirkan atau tunjukan kepada anda siapa sebenarnya yang benar-benar ikhlas semasa menuturkan janji manis itu. Pada ketika ini lah anda dapat bezakan siapa kawan atau sebaliknya. Bukan bermaksud ujian itu adalah sebagai cara untuk Allah tahu sama ada anda beriman atau tidak, sabar atau tidak kerana Allah Maha Mengetahui. Tanpa ujian pun Dia sudah tahu tentang hambaNya. Bahkan ujian di dalam hidup ini merupakan taqdir yang telah ditetapkan. Faham? Selain itu,mungkin terdapat lagi hikmah lain melalui ujian itu dan anda juga mendapat pengajaran serta menambah penetahuan anda tentang realiti kehidupan.wallhu a’lam. 

Saya tidak bermaksud untuk menghalang anda daripada terus share apa-apa sahaja di FB Cuma sebetulnya anda perlu tahu kesahihan perkara itu sebelum anda tekan butang share.
Malahan permasalahan yang mengaitkan agama bukan setakat ini sahaja, dengan applications yang pelbagai, horoskop, tilik nasib, tok berjanggut semua ada di fb. Mungkin anda tidak bermain applications tersebut tetapi bagaimana pula dengan pengguna fb yang lain? permainan ini kadangkala boleh mencacatkan keimanan kita kepada Allah serta qada’ dan qadar. Anda lebih mengetahui tentangnya.

Selain itu dengan kemudahan untuk mengupload gambar-gambar di Facebook membuatkan anda lebih teruja untuk mengambil gambar anda tidak kira dimana sahaja anda berada sama ada di tandas awam atau mungkin di JPO.  Kerajinan berkongsi gambar tanpa tapisan ini juga kadangkala membawa bencana. Jika gambar anda menang cabutan bertuah mungkin gambar anda akan dicuri lalu dipaparkan di page2 yang admin dia memang tak ada kerja selain berniat untuk memalukan disamping memberi pengajaran. Baru-baru ini (tak la baru, dah lama jugak). Dunia facebook digempar dengan kehadiran page gadis melayu dimana page ini dipenuhi dengan gambar-gambar gadis melayu sama ada yang tertutup seluruh badannya mahupun sebahagian sahaja.

Lalu, beberapa orang lelaki memberi komentar akan gambar-gambar tersebut dan boleh dirumuskan hampir keseluruhan komen-komen itu menjatuhkan maruah pemilik gambar tersebut tak kurang juga yang memberi nasihat kepada pemilik page supaya berhenti dan bertaubat. Ketika itu ramai wanita-wanita sama ada pemilik gambar mahupun ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawannya mengajak frends2 mereka di fb untuk membuat report tentang page tersebut supaya tindakan di ambil ke atas admin. Tetapi nasi sudah menjadi bubur..mungkin tindakan telah di ambil tetapi maruah pemilik gambar itu sudah tercela. Perlu anda sedari facebook ini terlalu open dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Tapi Mark sudah terpikir akan berlakunya hal ini jadi dia telah menyediakan privacy setting supaya pemilik akaun boleh berfb dengan selamat. Tetapi tak syok kalau diprivate..percayalah. buat apa penat-penat ambil gambar kalau just diri sendiri nak tengok. Buat apa beli hp canggih yang ada application fb tak lain tak bukan untuk memudahkan kita berfb, update pasal diri, kat mana, buat apa, sedih, gembira dan macam2 lagi. Bahkan hp cikai yang murah tu pun bleh berfb tapi kena bayar seminggu rm1(if I’m not mistaken). 

Satu yang perlu anda sedari, bila anda memiliki akaun fb bermakna anda sudah bersedia untuk berkongsi perihal hidup anda dengan orang lain, no privacy (ala2 artis gitu).
Bukan saya mahu menghalang anda untuk berfb Cuma perlu berpada pada dan mengawal diri anda dari terus lagha dan hanyut. Don’t let it control your life but u have to control it. Jikalau anda gagal mengawal diri maka anda tidak mampu menolak bahawa anda sudah terjerat dengan agenda yahudi. Tetapi jangan khuatir, masih ada masa untuk melakukan perubahn asalkan anda mahu.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa kebaikan daripada kewujudan facebook ini antaranya ialah menghubungkan sillaturahim, mencari teman2 yang sudah hilang tanpa khabar berita di samping mencari jodoh. Selain itu, kita juga dapat mengetahui berita-berita semasa yang berlaku di dalam dan luar Negara. Dimana berita-berita ini kadangkala dipersoalkan kesahihannya. Dan terdapat lagi beberapa kebaikan fb dimana saya yakin pengguna tegar fb boleh menyenarai hitamkan lebih daripada apa yang saya fikirkan. 

Tidak salah berfacebook tetapi perlu ada batasannya supaya kita terhindar daripada fitnah dunia ini.
Ingat! Kita umat akhir zaman, zaman ketika dimana fitnah itu berleluasa. Susah untuk membezakan putih dan hitam, yang samar-samar menjadi pilihan. Dan hanya mereka yang dirahmati Allah sahaja akan selamat. Amalkan membaca doa yang diajar oleh Rasulullah “  ya Allah, aku mohon perlindunganmu, perlindungan daripada azab seksa neraka, perlindungan daripada azab seksa kubur, perlindungan daripada fitnah kehidupan dan kematian dan juga perlindungan daripada fitnah dajjal”. Wallahu a’lam…semoga kita termasuk di dalam golongan yang dirahmati.


.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock