اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Thursday 20 December 2012

Fitrah Gadis Islam


"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari


Bicara mengenani seorang gadis dan fitnah bukanlah bermaksud gadis itu bersifat membawa keburukan, kejahatan bahkan kemaksiatan. Namun, gadis itu mampu dikaitkan dengan fitnah dek pembawakan dirinya sendiri.
     Bagi seorang lelaki yang lemah imannya pasti mudah terjebak dalam fitnah gadis (wanita). Fitnah yang sering dilakukan oleh para gadis sendiri ialah ; tidak menutup aurat dengan sempurna sehingga terganggu pandangan mata para manusia yang lainnya, bergurau manja dengan para ajnabi (orang bukan mahram yang boleh dikahwini) sehingga tergugat keimanan dan mendatangkan gelora di jiwa para lelaki, kelembutan suara yang mendayu-dayu manja dalam perbualan telefon yang mengundang gelora dan panahan syaitan di telinga para ajnabi yang mendengar. Pelbagai lagi bentuk fitnah yang dibuat oleh para gadis masa kini & mangsanya ialah para lelaki. Itulah bukti bahawa memang tidak ada lagi fitnah yang lebih besar untuk kaum lelaki pada akhri zaman ini melainkan wanita kerana segagah mana pun seorang lelaki tersebut, jika tanpa iman yang kukuh pasti hanyut dalam godaan dunia.

Solusi kepada para gadis yang merasakan dia telah menjadi fitnah kepada para lelaki;

1. Pasakkan niat untuk bertaubat.
- segala fitnah kita itu telah mampu membuatkan kita & lelaki tersebut lupa bahawa Allah SWT itu sentiasa melihat hamba-hambaNya.

2. Mujahadah untuk bertaubat.
- paksa diri melakukan solat sunat hajat & taubat & beberapa lagi amalan sunat lain serta cuba bersungguh-sungguh untuk terus tetap melakukan semua amalan tersebut sehingga segalanya menjadi kebiasaan. Sesungguhnya, kebaikan itu mampu menutup kejahatan. Titik hitam di dalam hati mampu dihilangkan dengan amalan-amalan sunat.

3. Sering ke majlis ilmu.
- Menghadiri taman-taman syurga dapat membersihkan hati kita.

4. Bersahabat dengan sahabat yang solehah.
- Sebagai seorang gadis, kita mesti bersahabat dengan sahabat sejantina yang muslimah. Ini kerana mereka dapat dijadikan sebagai tempat rujukan, sumber kekuatan, sokongan dan perpaduan.

REAL MUSLIMAT : Dia Cinta Allah & Allah Cinta Dia.

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock