اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Tuesday 8 January 2013

Perkara-perkara yang kita terlupa ketika mengajak insan lain ke arah kebaikan.

Arakiannya..setiap dari kita sentiasa mahu mengajak orang disekeliling kita ke arah kebaikan. Ada sebahagian daripada kita yang terlibat aktif di dalam persatuan-persatuan islamik mahupun jemaah-jemaah dengan niat tulus ikhlas untuk bersama-sama menyambung tugas Rasulullah dan salafus soleh menyampaikan islam serta membanting tulang, memerah otak mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah ummah berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan, ada segelintir yang tidak menjadi ahli rasmi mana-mana persatuan mahu pun jemaah juga tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama berada di dalam gerabak dakwah. Tidak lain antara sebab semua ini dilakukan kerana kita mahu bersama-sama orang disekeliling kita masuk ke syurga Allah.

Anda, saya dan kita berada di landasan dan mempunyai wawasan yang sama iaitu untuk mengajak insan di sekeliling kita ke arah kebaikan dan pada masa yang sama sentiasa memperbaiki diri sendiri, menimba ilmu agama dan beramal sehingga hujung nyawa. Walaupun kita hidup di dunia akhir zaman yang penuh dengan godaan namun saya lihat ramai pendakwah yang sentiasa bersemangat untuk menyampaikan kebaikan Islam kepada insan lain sebagai satu - satunya agama yang diredhai Allah.

sesungguhnya agama di sisi Allah ialah islam..”(al Imran:19

“dan barangsiapa mencari agama selain islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi”(ali Imran:85)

Namun begitu, keghairahan untuk mengajak orang lain berubah menjadi insan yang lebih baik kadangkala membuatkan kita terlepas atau terlupa beberapa perkara penting semasa berdakwah atau menjadi  Murabbi kepada mereka. 

Perkara pertama : Kita terlupa hidayah itu milik Allah
bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah lah yang memberi mereka petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki…” (Al-Baqarah: 272)

Kita semua akui hidayah itu milik Allah tapi tatkala kita diselebungi kegagalan kerana orang yang kita dakwah tidak juga berubah ubah selepas seketika tiba-tiba kita jadi manusia yang berputus asa. Mungkinkah kita sudah terlupa bahawa kita tidak ada kuasa silap mata untuk menyentuh hati mad’u kita?? erm..anda rasa anda ada kuasa magic ke?
Tak apa lah, mungkin kita lupa bahawa kita hanya seorang insan. Allah tidak melihat kepada tahap perubahan mad’u yang kita dakwahkan itu bahkan Allah melihat usaha, kesabaran dan kesungguhan kita berdoa untuk mereka.  Tak sampai setahun pun kita berdakwah dengan mereka tiba-tiba kita (atau mungkin lebih spesifik - saya), rasa seperti nak hantukkan sahaja kepala mad’u itu hanya kerana tiada perubahan yang berlaku kepada mereka? 

 “Ish! Kenapa tak berubah ubah juga ni? Tak tahu ke azab neraka tu macam mana? Tak tahu ke dunia ni sementara je? Tak nak ke berada di dalam syurga bersama sama Rasulullah S.AW?”

Sentiasa sematkan di hati bahawa tugas kita adalah menyampaikan Islam sebaik mungkin seiring dengan kemampuan kita tetapi perlu di ingat bahawa kita tidak ada kuasa untuk mengubah mereka. 

“….Dan katakanlah kepada orang yang telah diberi kitab dan kepada orang –orang yang buta huruf “sudahkah kamu masuk islam?” jika mereka masuk islam, berarti mereka telah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling, maka kewajibanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya” (Ali Imran:20)

Hakikatnya, bila mereka sudah mendapat hidayah, mereka pula yang akan berusaha mencari kebenaran itu sendiri tanpa perlu disuruh, percayalah… Dan yang paling best! Sekiranya orang yang kita dakwahkan tidak juga berubah, Allah tetap beri rewards pada kita kerana kita sudah berusaha. Wow! Macam tak percaya je kan?
 Barang siapa yang Allah beri petunjuk  maka tidak akan ada yang mampu menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan maka tidak ada yang akan dapat memberi petunjuk.



Perkara kedua-: Kita sering mengimpikan perubahan express
“…dan memang manusia bersifat tergesa gesa” (isra:11)

Seyogianya kita sebagai murabbi pastinya mahukan perubahan se express mungkin bagi mad’u kita dan disebabkan ini kita akan pulun habis habisan untuk memastikan mad’u kita berubah sepenuhnya sesegera mungkin.  Ada sebahagiannya akan menghabiskan masa sebanyak mungkin dengan mad’u yang telah mereka target, mengajak mereka menghadiri program-program kerohanian dan muhasabah diri memberi hadiah disamping sentiasa menghantar mesej2 yang dijangkakan mampu menyentuh hati dan membuatkan mereka jatuh cinta dengan kebaikan yang ingin anda sampaikan. Kemudian..anda pun berangan mad’u tersebut akan berubah menjadi seperti yang anda harapkan. 

Siapa yang tak mahu orang yang dia dakwah berubah secepat mungkin kan? Saya pun seperti anda. Antara salah satu faktor kenapa kita mahu mereka berubah secepatnya adalah kerana kita sayangkan mereka. Kita tak mahu mereka terus melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah, kita mahu mereka segera berubah dan menuju ke arah kebaikan. 

Dan  bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa” (Ali Imran:133)’

Seperti di dunia ini, kita akan memilih bas express berbanding bas lompat atau bas tukar2 kan?Tetapi…tahukah anda, di dalam proses perubahan, insan lebih memilih bas lompat berbanding bas express..
 seperti tidak adil kan? Hal dunia semua nak cepat tetapi hal kebaikan sentiasa difikirkan fikirkan dan dilambat2 lambatkan. 

Mungkin anda terlupa..musuh utama kita syaitan dah berjanji dengan Allah akan menyesatkan dan menggangu kita. Jadi..perubahan express itu sukar kerana syaitan akan menggoda insan tersebut sehingga perjalanan yang mahu disegerakan itu akan menjadi lambat..
Jadi anda sebagai da’I mesti bersedia dengan semua senjata untuk melawan syaitan kerana bukan mad’u kita sahaja yang diganggunya bahkan kita juga terbabit sama. jadi, jangan harapkan perubahan express tapi berdoalah supaya Allah memberi hidayah petunjuk yang lurus kepada mereka dan juga kita seperti yang telah diberikan kepada golongan yang telah berjaya.

“tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat”. (al-Fatihah: 6-7)


Perkara ketiga: Kita terlupa kita sedang berdakwah dengan mereka yang pernah melalui zaman  jahiliah

Saya tak tahu sama ada sedar atau tidak tentang hal ini semasa mengajak mad’u anda ke arah kebaikan. Perlu diingat, latar belakang setiap mad’u itu berbeza.  Persekitaran hidup, individu yang hidup disekelilingnya dan sedalam mana kefahamannya terhadap islam juga menggangu proses perubahan mereka.  Bayangkan sudah berapa lama mereka hidup di dalam jahiliah dan kebatilan?

 di akhir zaman, yang penuh dengan godaan hiburan, hedonism yang semakin melampau, ditambah lagi dengan godaan syaitan agak sukar bagi seorang insan untuk berubah. Jika sekiranya dia benar2 mahu berubah pun kadangkala dugaan dari persekitaran seperti keluarga selalunya menganggu proses perubahan itu. Contohnya, dia mahu berubah tetapi di bantah oleh ahli keluarga sendiri. 

eh bia betul? Nak berubah jadi baik pun family tak bagi ke?”.  Pelik bin Ajaib, perkara ini memang terjadi bukan hanya kepada mereka bahkan salah seorang sahabat Mus’ab bin Umair juga telah melalaui perkara yang sama.
link:
 http://serikandias-sakinah.blogspot.com/2012/08/kacak-bergaya-tampan-dengan-takwa-dan.html

Perkara keempat: Kita terlupa kita perlu bersabar kerana kesabaran itu tiada batasan dan ukurannya, tiada SI unit.
Sedarkah anda..kesabaran itu tiada tahapnya..tiada siapa yang boleh kata kesabaran yang tertinggi adalah seperti ini dan itu. Tetapi setiap individu mempunyai penilaian yang berbeza tentang tahap kesabaran masing-masing. Ada dugaan yang nampak kecil dimata insan lain tetapi sangat sukar bagi kita untuk bersabar semasa melaluinya. Begitu juga di dalam proses berdakwah. kadangkala kita rasa kita sudah tidak mampu bersabar lagi dengan mad’u kita dan mula lah timbul ura-ura untuk meninggal mad’u tersebut.

Adakah kita lupa untuk bersabar? Terlupakah kita untuk mengambil iktibar dari kisah nabi Nuh A.S yang penuh kesabaran berdakwah kepada umatnya sehingga beratus ratus tahun tetapi hanya beberapa orang sahaja yang beriman bahkan anaknya juga menolak untuk beriman dengan Allah.
“….Dan Nuh memanggil anaknya, ketika anaknya itu berada di tempat yang jauh terpencil “ Wahai anakku! Naiklah ke kapal bersama kami dan janganlah engkau bersama-sama orang yang kafir”
“Dia (anaknya) menjawab “aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menghindarkan aku dari air bah!” Nuh berkata “Tidak ada yang dapat melindungi dari siksaan Allah pada hari ini selain Allah yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya, maka anaknya itu termasuk orang yang ditenggelamkan” (Hud:42-43).

Bukan saya hendak membandingkan diri saya dan anda dengan rasul, nabi dan orang dahulu (memang tak layak pun untuk dibandingkan) tetapi kita boleh mengambil iktibar dari sejarah dan perisitiwa-peristiwa terdahulu. Bagaimana kesabaran mereka dalam menyampaikan kebaikan. Tetapi pada masa yang sama saya juga tidak menidakkan bahawa kita sebagai seorang insan yang lemah tak lari dari sikap kurang sabar. Jadi, tunggu apa lagi?? Tunggu sahaja perubahan mad’u itu dengan penuh kesabaran..
Kata Syaikh Jasim Muhalhil di dalam bukunya Ikhwatul Muslimin, beliau menyatakan bahawa kesabaran adalah sikap yang tak kenal putus asa. 

"Janganlah kalian berputus asa, sebab putus asa bukanlah bagian dari akhlak ummat Islam. Kenyataan hari ini adalah impian hari kemarin. Dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih terhampar luas. Bangsa kalian yang beriman masih mengandung unsur-unsur bersih yang kuat dan potensi yang sangat besar, walaupun fenomena kerusakan demikian merajalela diantara mereka.”(ustaz Hassan Al Banna)
Jadi..janganlah kita lupa untuk bersabar.

 Perkara kelima: Kita terlupa mad’u kita adalah insan 

Minta maaf..anda bukan berdakwah kepada manusia yang tidak lepas dari kesilapan bahkan anda sedang berdakwah dengan insan yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan dosa serta ada potensi untuk mengulanginya kembalu. Jadi, jangan bermimpi, mereka akan terus menjadi malaikat hanya selepas menerima dakwah anda. Dan anda, janganlah bersedih dan keciwa disebabkan mereka mengulangi dosa yang sama selepas berikrar di depan anda bahawa mereka benar-benar sudah berubah.
Perlu anda sedari, kadangkala iman mereka tewas kepada nafsu lalu dosa yang sama masih terjadi. Kemudian, bila terjadi begitu anda janganlah meninggalkan mereka gara-gara keciwa tetapi, tugas anda adalah untuk memberi dorongan dan menceritakan akan luasnya rahmat Allah supaya mereka bertaubat kembali.
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,’ (Al-Hijr: 49)

Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa kepadaku, dan berharap kepadaku, maka Aku akan memberikan pengampunan atas segala dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak perduli. Hai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, Aku pasti mengampunimu dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam! Jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan-kesalahan hampir sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku dengan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan pengampunan hampir sepenuh bumi pula.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi; Shahih Al-Jami’, 4338)

Perkara keenam: Kita terlupa untuk menjaga hubungan dengan Allah dan amal ibadat kita bagaimana rupanya?
Di dalam kesibukan berdakwah dan kebingungan memikirkan kenapa mad’u tidak juga berubah membuatkan anda terlupa bahawa diri anda sendiri juga menyumbang kepada permasalahan ini. Kita sebagai insan tidak sedar bahawa hubungan kita dengan Allah juga menjadi penyebab kenapa mad’u kita susah untuk menerima apa yang kita sampaikan. Kita sendiri tidak menjaga hubungan kita dengan Allah dan kadangkala kita berkata lebih tapi kurang beramal atau mungkin lebih teruk kita menjerit sana sini mengajak orang ke arah kebaikan tetapi kita sendiri tidak beramal dengannya.

Sedarkah anda..sepotong ayat yang sama mungkin memberi kesan sentimental yang berbeza kepada seseorang, bergantung daripada siapa ayat itu diungkapkan.  Pada pandangan anda, adakah sama kesan yang diberikan oleh mereka yang memahami dan beramal dengan apa yang disampaikannya dengan mereka yang hanya menyuruh tetapi tidak memahami dan beramal dengannya?

Contohnya, si A orang yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu sehari semalam sejak turun ke kancah dakwah dan sentiasa solat pada awal waktunya. Begitu juga si B, Cuma si B tidak begitu bersegera dalam menunaikan solat dan kebanyakannya dibuat di hujung waktu, mungkin terlalu sibuk berdakwah kesana sini, mungkin. Kemudian mereka berdua ini datang kepada anda dan dengan sabar serta bersemangatnya mereka menyuruh anda melaksanakan solat lima waktu di samping melakukannya di awal waktu. Agak-agaknya..kata-kata siapa yang memberi kesan pada anda?
mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca kitab? Tidakkah kamu mengerti?” (Al-Baqarah:44)

Oleh itu, kita di anjurkan berdakwah mengikut kemampuan kita, berdasarkan apa yang kita faham dan kita sendiri telah beramal dengannya. Disebabkan itu, seorang da’I mesti sentiasa menuntut ilmu, faham serta beramal dengan ilmunya kemudian barulah disampaikan. Kita tidak perlukan dakwah yang hentam keromo kerana ianya mungkin boleh menyesatkan mad’u kita tetapi kita perlukan dakwah yang berhikmah untuk membetulkan ummah.
”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS an-Nahl : 125)

Habis sudah…setiap perkara di atas saling berkaitan, dah termasuk full package arena dakwah tetapi sengaja di asingkan sebab saya suka.

Mungkin dulu anda dan saya juga pernah menyebabkan murabbi kita mengalami beberapa perkara di atas semasa menyampaikan kebaikan kepada kita dan kini giliran kita pula untuk merasai apa yang murabbi kita rasa. Peace! Senyum.^_^
 tahukah anda..berdakwah tidak semestinya memberi tazkirah, membawa usrah dan sebagainya, apa yang penting anda berdakwah sesuai dengan kemampuan dan tahap ilmu anda sendiri. Menunjukkan akhlak yang mulia juga salah satu cara berdakwah dan kadangkala saya rasa berdakwah melalui akhlak itu lebih sukar berbanding mengajak orang menghadiri majlis ilmu kerana akhlak yang anda pamerkan memberi ba…nyak tanggapan kepada orang yang melihat manakala mengajak manusia ke arah kebaikan hanya ada dua kebarangkalian iaitu sama ada anda berjaya membuat dia setuju untuk hadir atau anda gagal. Sedangkan akhlak yang anda tunjukkan akan membuahkan persepsi dimana persepsi ini akan mempengaruhi proses dakwah anda kelak.
Selain itu, semasa berdakwah anda juga perlu adil dan bukan memilih bulu. Dah target sorang, dia jela yang anda dakwahkan, sedang yang lain anda biarkan terkontang kanting. Ini bererti kita juga tidak adil pada mereka sedangkan matlamat kita adalah untuk menyampaikan kebenaran dan bersama sama menuju ke arah kebaikan. Wallahulam. semoga bermanfaat pada diri saya sendiri terutamanya dan anda semua. Semoga Allah redha.
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Imran: 104)

2 comments:

  1. :) Salam. suka la post yg ni. Barakallah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..syukran.doakan supaya Allah izinkan penulis untuk menulis sesuatu yg lebih baik^_^

    ReplyDelete

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock