اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Thursday, 3 January 2013

Tentang Exam yang kamu tidak tahu^_^


Walaupun Malaysia bukanlah Negara yang mengalami 4 peralihan musim iaitu musim panas, sejuk,bunga dan luruh tetapi masih kita tidak ketinggalan untuk mengalami 1 musim yang terhebat selain dari yang 4 tadi iaitu musim peperiksaan yang sememangnya sudah dijangkakan gelombangnya Cuma bergantung kepada individu tersebut sama ada mahu menyediakan diri menghadapi musim ini atau sebaliknya. Terpulang… pokok dek kau kata orang N9.

Pada hemat saya post kali ini bersesuaian dengan musim peperiksaan yang sedang membahang sekarang (perasan). 
 

Saya tak tahu nak komen apa tentang peperiksaan.. pernah terbaca komen budak bijak pandai yang menjadi pelajar terbaik sekolah “ pelajar yang bijak sukakan peperiksaan”. Tapi kenapa saya tak suka pun? 

Saya juga yakin  majoriti pelajar tidak sukakan peperiksaan walaupun saya tidak menjumpai mana2 statistik yang menyatakan sedemikian, sekadar persepsi. Buktinya ada pelajar yang tertekan sebelum, sementara dan selepas peperiksaan. Bahkan paling menakutkan ada yang mengambil keputusan untuk berhenti dari terus hidup di dunia ini gara-gara kecewa dengan keputusan peperiksaan mereka. Dan yang melakukan perbuatan berani mati itu bukan budak2 biasa dik, budak universiti! budak pandai dimana target mereka tersasar jauh dari keputusan sebenar peperiksaan mereka.

Entahla..kadangkala peperiksaan ini ada baiknya dan ada kala membawa padah. Peperiksanan baik dari segi ianya boleh dijadikan sebagai pengukur untuk mengukur prestasi akademik seseorang jadi lebih mudah untuk memilih siapa yang  layak untuk masuk ke universiti dan tahu siapa yang terbaik. Padahnya bagi saya banyak sehingga saya tak mampu nak huraikan disini. Nampak sangat saya tak sukakan peperiksaan. Apa yang saya pasti peperiksaan memberi tekanan, sama ada positif atau negatif bergantung kepada individu tersebut bagaimana dia menginterpretasi peperiksaan itu. 
 

Setiap manusia berbeza taqdirnya.ada sebahagian orang dari kali pertama dia menduduki peperiksaan sehingga semua peperiksaan di dunia ini dia sentiasa cemerlang. Ada sebahagiannya tidak istiqamah. Kadangkala cemerlang, kadangkala terbabas kemalangan dan ada juga yang keputusan tak cemerlang sokmo ..inilah kehidupan manusia. Sebahagiannya bila berjaya perasan kejayaan itu adalah usaha tak ingat dunianya, manakala  ada sebahagian yang berusaha ala kadar sahaja dan akhirnya gagal menyedapkan hati ibubapa dengan menyatakan kepada mereka ianya adalah ketentuan Allah selepas buntu tak tahu macam mana nak bagi alasan apa kat ibubapa. “adik dah usaha dah tapi tak dapat score jugak..nak wat camne, dah takdir Allah”. Pandai bagi alasan tapi usahanya tak. Itulah manusia..kita.

 Moto “usaha tangga kejayaan” sering dilaung laungkan sejak zaman persekolahan lagi tapi saya berpendapat usaha bukan tangga kejayaan tapi usaha tangga pahala. Kenapa saya berkata begitu?kerana usaha tak menjanjikan kita akan berjaya dan kerana setiap usaha kita menyumbang kepada peningkatan bonus pahala pemberian Allah tidak kira usaha kita itu memacu kejayaan mahu pun tersasar kepada kegagalan.

Seringkali sebahagian insan akan berkata “ kejayaan saya ini adalah kerana saya melakukan ini dan itu, kerana saya berusaha, stay up, makan kismis, minum air yasin, "well adik beradik aku memang pandai, genetik terbaek, hang tak tau aku study gila sampai tak tido 3 malam dah dan sebagainya tanpa dia sedari kejayaan yang dimilikinya itu adalah kerana kehendak Allah. Kita berusaha dan pada masa yang sama Allah mengizinkan kita untuk berjaya. Kadangkala usaha kita itu tak setinggi mana tapi kejayaan kita melebihi usaha. Bahkan, kadangkala kita berusaha sehabis mungkin tetapi kejayaannya tidak seperti yang diharapkan. Dan mungkin juga kita usaha dan kita berjaya atas kehendakNya.

Justeru itu, di dalam islam. Baginda mengajar kita untuk berusaha, berstrategi, berdoa dan bertawakal tetapi tidak pernah baginda berjanji sama sekali bahawa kita akan memperolehi kejayaan apabila kita sudah melakukan semua itu. Cuma, kita pasti akan mendapat pahala, ganjaran dari Allah kerana Allah melihat pada usaha bukan pada hasilnya. Jika usahanya dilakukan dengan cara yang halal tetapi tidak berjaya masih kita mendapat bonus dari Allah. Berbeza pula bila kita usaha dengan cara yang haram tetapi akhirnya berjaya. Dapat pahala atau tak wallhualam.  Jika kita masih ingat2 lupa selepas perang Badar antara perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Baginda tidak putus2 memanjatkan pujian dan syukur kepada Allah. 

Baginda tak kata pada sahabat bahawa kejayaan dalam perang Badar itu adalah kerana kekuatan, strategi dan persedian mereka tetapi baginda mengucapkan kata2 pujian kepada Allah yang telah menewaskan tentera musyrikin. Firman Allah "Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar" (al-Anfal: 17).

Seperti yang anda tahu jumlah tentera Musyrikin mencecah 1000 orang dengan persiapan yang lengkap sewaktu perang Badar sedangkan  tentera Islam jumlah hanya 313/ 314/317 mengikut beberapa riwayat. Disebabkan  jumlah dan persedian tentera Musyrikin itu menimbulkan perasaan gentar dikalangan tentera islam namun, dengan kekuasan Allah tentera Islam beroleh kemenangan.  Disinilah baginda mengajar sahabat dan memasakkan keimanan di dalam diri sahabat bahawa apa yang berlaku itu adalah melalui kekuasaan Allah dan kehendaknya. Apakan daya saya sebagai seorang insah dah lupa bait2 yang diungkapkan oleh Rasulullah selepas perang Badar tersebut. Saya tak pasti sama ada saya mendengar atau membaca. Bagaimanapun kata-kata itu menjadi bukti bagaimana Rasulullah mendidik hati para sahabat dan menguatkan keimanan mereka. Begitu juga semasa perang Hunain, walaupun jumlah tentera Islam lebih ramai daripada tentera Musyrikin tetapi Allah tidak berkehendakkan kejayaan ke atas tentera islam pada awalnya untuk mengajar tentera Islam. Sebelum perang hunain  bermula terdapat di antara mereka yang berkata setelah melihat bilangan tentera islam yang berjumlah 12 000 orang  “Di hari ini kita tidak boleh dikalahkan lagi” Kata-kata ini dianggap dan dipandang berat oleh Rasulullah.

Firman Allah ini menceritakan apa yang telah terjadi semasa perang Hunain

“Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah
kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang
luas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian
Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah
menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada
orang-orang kafir dan demikian pembalasan kepada orang-orang kafir ".
(al-Taubah: 25 - 26). Dan ini menjadi bukti, bukan usaha, bukan jumalah, bukan kekuatan yang menjadi penyebab kepada kejayaan tetapi semuanya atas kehendak dan kekuasaan Allah.wallhualam.

 jadi, bila kita memperoleh kejayaan ingatlah bahawa kejayaan itu atas kehendak Allah bukan usaha anda walaupun pada zahirnya anda berusaha tapi hakikatnya ia berlaku atas kehendak Allah.bukan apa, bila anda berperasaan kejayaan itu adalah atas usaha anda barangkali akan menimbulkan perasaan Ujub di dalam diri anda dimana penyakit ini sangat berbahaya. Menurut Ibnu Taimiyyah Ujub adalah bentuk syirik  kepada diri sendiri dimana ia merasa dirinyalah atau kehebatannyalah yang membuatkan dia berjaya.
 Manakala bagi yang tidak mencapai apa yang di idamkan walaupun sudah berusaha sehingga pengsan, terimalah ianya dengan sabar dan redha akan kehendak Allah. Pasti terdapat hikmah disebaliknya.Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Walaupun setiap yang berlaku itu atas kehendak Allah tetapi Islam tidak mengajar kita untuk menjadi umat yang lemah, tidur, menunggu rezki dari Allah sambil tidak berbuat apa-apa tetapi islam menganjurkan kita berusaha kerana setiap cebisan usaha kita itu ada ganjaran pahala. Berjaya atau tidak akhirnya bukanlah tujuan utama. Kita dah usaha tapi segalanya terserah pada Allah. Jika berjaya kita bersyukur dan memujiNya, jika gagal kita sabar dan redha bahawa ini semua ketentuanNya dan pasti ada hikmah yang berlaku dan salah satunya kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita seperti yang dinyatakan di dalam AlQuran surah Al-Baqarah ayat 216 “ Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”..

 begitu juga doa.. kita hanya mampu berdoa tapi doa itu tidak memastikan kita pasti akan mendapat apa yang kita mahukan. Tapi apa yang penting! Sama ada kita gagal atau berjaya kita tetap akan diberi ganjaran di atas usaha kita. kemah keming kan?!

 Perkara yang sudah lepas jangan dikenang, perkara yang belum tentu terjadi jangan dirisaukan. Siapalah kita melainkan seorang hamba yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan rahmat dari Tuhan. Indahnya bila kita benar2 beriman dengan Qada’ dan Qadar. Setiap kejayaan yang gagal dimiliki, setiap harta yang terlepas, setiap kesedihan yang berlaku adalah kehendak Allah..tiadalah dunia ini melainkan persinggahan yang terasa panjang tapi apabila dirungkai kembali terasa sangat singkat. 

Hebatnya mukmin itu apabila dia memperoleh nikmat dia bersyukur, apabila dia diuji dia bersabar.

Begitu juga di dalam dunia peperiksaan. Sebagai seorang Muslim kita mesti buat yang terbaik  iaitu berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya ingat lagi kata-kata motivasi Murabbi kepada kami  sebelum SPM “wajib dapatkan straight As walaupun cita-cita nak jadi nelayan”. Apa yang Murabbi nak sampaikan adalah seorang Muslim wajib melakukan yang terbaik. Iaitu berusaha sehabis mungkin di dalam setiap bidang yang dia ceburi sehingga beroleh kejayaan. Insya Allah..

Namun, bila sudah berusaha sehabis mungkin tapi anda gagal mendapat apa yang diimpikan janganlah anda meroyan seperti dunia ini sudah berakhir buat anda. La Tahzan.. apakan daya..kita hidup di tempat yang mengalami musim peperiksaan, mahu atau tidak kita tetap akan berhadapan dengannya Cuma terpulang kepada anda untuk berusaha sehabis mungkin sebelum menghadapi musim itu atau hanya goyang kaki, berangankan kejayaan sambil mengharapkan perkara ajaib berlaku walaupun ianya tidak mustahil..

Kesimpulannya..peperiksaan dunia bukan beban yang patut dipasakkan di dalam hati tetapi ianya perlu diuruskan sebaik mungkin. “Ya Allah..jangan Engkau letakkan dunia di hatiku tetapi letaklah ia ditanganku” Jangan disebabkan peperiksaan dunia, panggilan solat jemaah di endahkan walaupun jarak bilik dengan surau hanya 50 meter. Jangan disebabkan peperiksaan, anda sanggup tidur lewat malam lalu subuh keterlewatan atau mungkin ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Jangan disebabkan peperiksaan, hati anda resah gelisah sehingga anda lupa segalanya telah Allah tetapkan. Jangan disebabkan peperiksaan, anda takut giler gaban sedangkan Allah lah yang patut anda takutkan. Jangan disebabkan peperiksaan, anda menjadi seorang insan yang lupa bahawa anda juga sedang menduduki peperiksaan terbesar dari Allah. Tiada kejayaan mahu pun kegagalan di dunia ini melainkan di akhirat kelak. Berjayanya anda jika menjadi penghuni syurga, gagalnya anda jika dicampakkan ke neraka.  Dicampakkan ya.. tahu kan dicampakkan itu macam mana? Permulaan untuk ke neraka itu pun sudah sangat menggerunkan apatah lagi jika berada di dalamnya. Nauzubillah!

Bila berjaya ucapkanlah kata2 pujian dan kesyukuran kepada Allah dan berusahalah sehabis mungkin untuk membuang perasaan Ujub sebagaimana anda berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan kejayaan itu. Namun jika  anda gagal, mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat sambil beristifar memohon keampunan supaya hati anda lebih tenang untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang akan datang. Panjangnya kesimpulan saya..semoga bermanfaat.. tenangkan jantung hati







                                                                                                               

2 comments:

  1. br perasan siapa penulisnya... enti punya penulisan makin mantap...

    ReplyDelete
  2. saya tau awk perasan sebab ada word kemah keming kan?

    ReplyDelete

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock