اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Wednesday 6 February 2013

Golongan2 manusia yang perlu muhasabah diri sebelum tidur?


Tiba-tiba saja saya teringin untuk menulis sesuatu yang dapat memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan juga orang lain.eh! bukan tiba-tiba tapi memang sudah dirancang oleh Allah. Akibatnya, diri ini pun termenung menung memikirkan idea, meminta ilham dari yang Esa. Selepas akal dipaksa untuk seketika alhamdulillah muncul juga idea yang ditunggu tunggu dan akhirnya terhasil lah tulisan yang saya jangkakan ianya panjang melebihi biasa pada awalnya tetapi pendek je hasilnya.

Baiklah..tanpa perlu berbasi basi, soalan saya, kenapa saya dan anda perlu memuhasabah diri kita sendiri?
 erk..ok2  jangan berebut untuk jawab soalan ini. Setiap orang boleh simpan jawapan masing-masing ya!
Ayat al quran tentang penciptaan manusia yang pelbagai..

“Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-13

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Mahu atau tidak, nak atau tak nak, kita mesti menerima hakikat bahawa dunia ini terdiri daripada makhluk manusia yang pelbagai, cukup unik dan sangat mengujakan. Disebabkan kepelbagaian inilah sukar untuk kita mendapatkan 1 kata putus atau keserasian melainkan dengan bertolak ansur,berlapang dada, saling memahami dan menerima seadanya.  Justeru itu, di dalam kepelbagaian ini terwujud hubungan di antara manusia dan Tuhan dan juga hubungan di antara manusia sesama manusia.. 


Alangkah tidak seronoknya jika dunia ini dihuni oleh manusia yang sama perangainya, loyar buruknya, pe’el nya dan sebagainya, boleh bosan hidup yang singkat ini!  Namun, bila wujudnya kepelbagaian dikalangan manusia justeru ianya mengundang konflik dalaman dan luaran pula, dan saya sedar konflik ini terwujud apabila saya dan anda memasuki alam sosial dengan manusia lain. Yelah, konflik ini terjadi pun sebab manusia.

Tetapi…


 ayat di atas hanya pendahuluan sahaja. Cikgu BM kata.. pendahuluan ni jangan discuss tentang tajuk utama sangat,cerita sikit2 je. Okla pendahuluan saya tu kan?

Baiklah! Dibawah merupakan golongan-golongan yang perlu memuhasabah diri mereka sebelum tidur

1. Hamba Allah-  4sure (baca:pastinya) saya dan anda sebagai hamba Allah perlu sentiasa memuhasabah diri sendiri sebelum tidur ! tetapi ramai yang terlupa untuk memuhasabah diri mereka sendiri dan sebab itulah mereka gagal untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Jadi, tujuan kita memuhasabah diri adalah tidak lain tidak bukan antaranya adalah untuk membantu diri kita mengenalpasti kekurangan kita sebagai hamba Allah yang perlu kita perbaiki dan kelebihan yang perlu kita gunakan dan istiqamahkan. 

Bagi mereka yang sangat rajin, anda boleh membina mutabaah amal anda sendiri atau dalam bahasa mudahnya adalah jadual yang mengandungi senarai ibadat yang anda rancang mahu lakukan setiap dari. Jadi, dengan cara ini anda boleh membantu memperingatkan diri anda sendiri dan memperbaiki diri anda untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, taat, bertakwa, beriman, alim dan soleh. 

Tak semua manusia sedar bahawa dia itu hanya seorang hamba Tuhan yang bukan diciptakan dengan sia-sia tetapi ada tujuannya iaitu sebagai abid(hamba) kepada Allah 

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56)

dan khalifah kepada diri sendiri dan juga orang lain. 
'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini" ' (2:30)

Namun, kesibukan menguruskan hal dunia, perasaan takabbur dan tunduk pada kehendak nafsu menjadikan  insan itu lupa diri dan lupa kepada Penciptanya.

Natijahnya dia lupa tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang muslim dan antaranya ialah dia lupa bahawa dia perlu melaksanakan perintah solat, 5 kali sehari semalam.  Bukan hanya lupa, malahan dia malas dan merasakan solat itu seperti beban yang menyusahkan lalu dapatlah kita perhatikan ada insan yang solat seperti burung yang sedang mematuk, apatah lagi dilaksanakan pula di hujung waktunya. 

Pada keadaan inilah seorang insan itu perlu memuhasabah dirinya sendiri. Adakah dia seorang hamba yang benar-benar melaksanakan dan memenuhi tuntutan rukun islam yang telah dihafalnya sejak kecil atau agama itu hanya ritual biasa sama seperti agama lain?

Ingin saya bertanya, adakah agama itu hanya terletak pada majlis tahlil, isra’ mikraj maulidur rasul dan sebagainya?  

Adakah agama itu begitu menyusahkan sehingga kamu seorang wanita yang mengaku islam itu agamaku di kad pengenalan dan FB berasa kekok untuk menutup aurat dan bertudung.?

Jika tidak, lalu kenapa kamu tergamak memalukan diri kamu sendiri dengan hanya mengenakan selendang jarang yang segan-segan menutup keseluruhan kepalamu ketika berada di majlis tahlil dan menanggalkannya sejurus sahaja majlis itu selesai?

Tindakan kamu itu seperti menunjukan tuntutan menuntut aurat hanyalah semasa majlis2 tahlil, pengebumian dan sebagainya. selesai je majlis “Horee!! Selesai sudah! Dan boleh tanggal tudung!” begitukah yang kamu faham tentang islam???

Astagfirullahal azim..  namun, mungkin masih ada sekelumit malu dalam dirimu, jika tidak mungkin kamu hanya membiarkan dirimu tidak berselendang mahupun bertudung di majlis tahlil tersebut kan?. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah – langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu” ( 2:208)

saya sebagai seorang hamba sukar untuk menerima perbuatan kamu itu tetapi sungguh ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang. Masih kamu diberi nikmat yang berterusan atas perbuatan kamu itu dan saya tahu dalam dirimu masih ada rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT..

Kenalilah Islam, nescaya kamu akan mencintainya apabila kamu benar-benar mengenalinya.
Wahai diriku..Wahai saudaraku..muhasabahlah diri kamu.. kenalilah Tuhan yang sentiasa membuka  pintu taubat untuk mu. Adakah kamu terlupa perjanjian kita dengan Allah?

Dan agama islam itu sangat luas, menyeluruh dari sekecil kecil perkara sehinggalah kepada urusan yang kompleks , tidak menyusahkan bahkan setiap dari kita diberi peluang untuk menjadi yang terbaik disisi Allah.
Wahai saudaraku dan juga diriku sendiri..marilah kita memuhasabah diri sendiri. 

Tanyakan pada diri , adakah kita ikhlas dalam setiap ibadat dan perbuatan yang kita lakukan hari ini? Adakah kita ikhlas melakukannya kerana Allah? Disaat kamu memberi seseorang yang memerlukan RM1 dengan ikhlas dan redha padahal waktu itu kamu sangat memerlukannya lebih bernilai daripada pemberian kamu yang beribu ribu tapi kamu lakukan hanya untuk mendapat pengiktirafan dan pandangan manusia. 

Nah, islam itu hebatkan? Tidak kira kamu miskin atau kaya kamu tidak di diskriminasi untuk melakukan kebaikan kerana ikhlas itu mampu milik oleh sesiapa sahaja.

Dan bagaimana pula pergantungan dan tawakal kita kepada Allah? Adakah hari ini kita benar-benar meletakkan sepenuh keyakinan hanya kepada Allah? Adakah kita meminta pertolongan daripada Allah sewaktu kita di uji dengan kesusahan atau kita lupa bahawa Allah itu Maha kuasa dan segalanya di dalam genggamanNya?

 Maka apabila kita lupa,tercari carilah kita siapakah yang dapat membantu kita. Di dalam keresahan dan kerisauan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah, masih kamu menyombongkan diri untuk berdoa kepada Allah. Alangkah ruginya, solat lima waktu itu tidak dihargai untuk dijadikan sebagai platform untuk berdoa dan meminta kepada Allah tapi dilaksanakan dengan perasaan cemas dan risau memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah.

Jangan pernah izinkan nafsu kamu untuk berbicara seperti ini
“ Disebabkan aku orang islam jadi aku terpaksa solat. Takut-takut nanti Allah beri ujian yang hebat-hebat dan Allah tarik nikmat kalau aku tak solat.”

“Kalau tak solat, malu lah aku depan mereka semua”

Jangan jadi orang islam yang hanya ingat Allah ketika bila di dalam kesusahan sahaja. nauzubillah!

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru melainkan Allah. Maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya). Dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (Al-Isra’ : 67)

Banyak betul nak kena muhasabah diri hari ini..



2. Umat Muhammad SAW – sila muhasabah kembali setahap mana anda ittiba’ (mengikuti) Rasulullah di dalam kehidupan anda. Adakah kecintaan yang anda laungkan laungkan semasa maulidur Rasul di applikasikan kedalam kehidupan sebenar anda? Anda dan Allah sahaja yang tahu…

 Kesian tengok p.cik2 berkawad dan berarak semasa perarakan maulidur rasul sedangkan itu semua bukanlah cara untuk menunjukkan kecintaan kepada baginda. Terkejut bila melihat penghafaz-penghafaz Al-Quran menjadi tukang bawa sepanduk.

Sejauh mana saya dan anda benar-benar mengenali baginda? muhasabah diri
Adakah kita lebih mengenali artis-artis, personaliti-personaliti mahupun tokoh-tokoh pujaan melebihi Rasulullah SAW?  Adakah kita benar-benar menyayangi dan mencintai baginda?
Kata Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid "Cinta adalah perbuatan jantung hati dan tingkah laku yang kita tunjukkan adalah buah daripada kecintaan di dalam jantung hati"

“Belum sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya, dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia” (Shahih Bukhari)

Jadi, jika jantung hati kita benar-benar mencintai Rasulullah seperti yang mulut kita sebutkan pasti ianya akan tertunjuk melalui perbuatan lahiriah kita kan?.
Agak-agaknyalah, benar ke kita mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW kalau lahiriah dan zahiriah kita melanggar suruhan Allah dan apa yang di ajar Rasulullah?

Ketika menyampaikan khutbah, Rasulullah pernah di tanya oleh seseorang tentang hari kiamat. Kemudian baginda bertanya kepada dia kembali “apakah persedianmu untuk menghadapi hari tersebut

Lalu orang itu menjawab “ persediaan ibadatku tak banyak namun jiwaku dipenuhi kecintaan kepada Allah dan RasulNya.” *Dia beribadat namun tak banyak

Lalu baginda membalas “ kamu akan bersama dengan mereka yang dicintai

Ibnu Abbas menyatakan “ tiada yang lebih menggembirakan aku selepas aku memeluk islam melainkan selepas aku mengetahui tentang hadis ini”

Lalu beliau mengucapkan “ aku cinta Rasulullah! Aku cinta Abu Bakar! Aku cinta Umar!”
Supaya beliau dapat dihimpunkan bersama mereka.
Adakah jiwa kita sudah dipenuhi dengan kecintaan kepada Allah SWT dan Kekasihnya? Muhasabah diri

3. Penuntut ilmu -  pada hari ini, cuba kita tanyakan kepada diri kita sendiri berapa banyak ilmu agama yang kita pelajari dan banyak mana telah kita fahami dan amalkan?

 Di antara ilmu dunia dan ilmu agama mana satu yang anda utamakan? Mana satu di antara dua ilmu itu yang anda khuatirkan jika anda tidak faham? Muhasabah diri..

Risau juga jika saudara-saudara seislam salah faham di antara kepentingan menuntut ilmu agama dan dunia. Ilmu agama itu wajib dipelajari sedangkan ilmu dunia hanya fardhu kifayah. Dengan ilmu, ibadat dapat dilakukan dengan sempurna, jikalau tiada ilmu maka kita tidak tahu adakah ibadat yang kita lakukan itu benar-benar seperti yang dikehendaki Allah dan di ajar oleh Rasulullah atau tidak.

Paling the best ialah apabila kita cemerlang ilmu agama dan ilmu dunia!^^

4. Ibubapa- haa..kepada ibubapa2 sekalian *ada ke ibu bapa yang baca. 
Berapa kali sudah anda kecikan hati anak2 anda yang besar tu? Disebabkan keegoan anda dan tahu anda itu berkuasa , berjasa membesarkan anak2 tidak bermakna anda sesuka hati boleh mengecikkan dan menyakitkan hati anak-anak anda. Anda juga pernah menjadi seorang anak? Dan anda pasti faham perasaan seorang anak kan? 

Baru-baru ni selalu dapat kes anak yang kecik hati, nak lari dari rumah, terasa ibu bapa tidak adil, dimarahi atas kesalahan adik beradik yang lain, menjadi mangsa tempat melepaskan amarah ibu bapa dan sebagainya.. aduh.. tak tahu siapa betul siapa salah sebab dengar sebelah pihak tetapi boleh tak jikalau ibubapa menghormati dan memahami perasaan anak walaupun anda adalah orang yang lebih dewasa dan berjasa?  Dan kepada anak, silalah menjadi anak yang memahami dan menghormati ibubapa. Aman dunia..insyaAllah

anak itu adalah amanah dari Allah yang perlu diuruskan sebaik-baiknya kerana mereka ibarat pelaburan kita di dunia dan di akhirat. Seorang anak juga manusia, sama seperti anda. Ajarkanlah anak-anak untuk mengenali Allah dan Rasulullah. 

Bagaimana pula dengan nilai-nilai islam? Adakah sudah diterapkan di dalam keluarga anda sepenuhnya atau ibu bapa dengan lepas tangannya telah menyerahkan tanggungjawab itu 100% kepada ustaz ustazah di sekolah? Adakah hanya dengan kelas fardhu ain setiap petang itu sudah cukup untuk memberi anda anak yang soleh?. Dimana doa dari mereka inilah yang akan anda perlukan kelak? Muhasabah diri.

Jangan salahkan anak jika mereka tidak menjadi manusia. Setiap kesalahan yang anak-anak lakukan ianya berpunca dari ibu bapa itu sendiri. jadi jangan terguris hati jika ada suara-suara yang menyatakan anda tidak pandai mendidik anak. Apabila anak melakukan kesilapan dan dosa maka anak dan ibu bapa perlu bertaubat dan mohon keampunan dari Allah. Kerana keburukan yang berlaku berpunca dari kedua pihak. Hentikan budaya salah menyalahkan tetapi hidupkan budaya betul membetulkan.

 Belum lagi sentuh tentang sumber yang halal untuk membesarkan anak-anak.
Memiliki keluarga yang islami adalah impian setiap muslim namun tidak semua mampu merealisasikannya. Jadi, muhasabah itu perlu untuk membantu kita merealisasikan impian kita untuk memiliki keluarga islami.


5. Anak-Anak
Hai anak2..jangan ingat anda boleh terlepas!. Anda juga perlu muhasabah diri. Hari ni dah berapa kali anda tinggikan suara kepada ibu bapa anda? Dah berapa kali anda kata “ ah! Jap la!”. Berapa kali anda memberontak melawan kata ibubapa anda? Berapa kali anda merajuk hanya gara2 ibu bapa tak bagi anda keluar dengan buaya frend dan gatal frend? Ada tak anda mudahkan urusan ibu bapa anda di rumah? Ada tak doakan untuk ibubapa anda?  Adakah cuti semester yang singkat itu digunakan untuk berbakti kepad ibu bapa anda? Fikir-fikirkan

6. Sahabat- besar makna perkataan sahabat ni. Boleh dikatakan sejak berjauhan dengan keluarga sahabat lah insan yang sentiasa dengan kita semasa susah dan senang. Bagi saya perkataan sahabat ini sangat mahal. Untuk mendapat gelaran sebagai sahabat juga ambil masa , mungkin bertahun. Bila kita dah declare dia sahabat kita bermakna dia sudah menjadi sebahagian dari tanggungjawab besar kita. mereka lah orang yang kita concern lebih dari orang lain. mendapat  lesen sebagai sahabat tidak bermakna anda boleh memaksa sahabat anda untuk berlapang dada dan bersabar dengan perangai buruk anda tu.

eh, awak kan sahabat saya, jadi awak kena la berlapang dada dan terima saya seadanya! Perangai saya memang macam ni la..sudah nak ubah tau. Awak kena la adapt dengan  perangai saya ni

Amboi-amboi..banyak cantik hang. Kalau setakat perangai yang suka bersedekah, bagi mesej2 cinta yang mengingatkan kepada Allah atau pun menyamar jadi secret admirer then letak hadiah kat depan muka pintu tak pala.. aku boleh adapt lagi. 

Tapi kalau dah sampai perangai tu sakitkan hati, hang kena la berubah walaupun dah terbiasa dengan perangai tu. Aku ni sebagai sahabat hangpa ada perasaan jugak.”

Kata sayang aku, tak kan tak boleh berubah kot?”

Justeru saya dan anda sebagai seorang sahabat kena banyak muhasabah diri sendiri. Kita tanyakan kembali apa perbuatan kita hari ini yang sudah menyakitkan hati sahabat kita tanpa kita sedari. Yelah..kesian kat kawan kita tu, asyik kena bersabar dan berlapang dada je dengan perangai degil, kepala batu kita yang selalu buat mereka terguris tu, kata kita je yang betul. Memang la air muka diorang senyum, tak tunjuk apa. Tapi cuba hang perhati betui2 setiap tindakan non verbal dan kata2 yang mereka ucapkan bila kita buat perangai tak baik tu. Mesti nampak punya ketidak sukaan mereka terhadap perangai kita tu. Lagi pun kita dah lama bersahabat kan?, mesti kita perasan kalau sahabat kita tu tak suka dengan perangai kita.

Sahabat kita ni pula bukan tak nak tegur perangai kita yang tak baik tu tapi diorang  dah habih pikiaq dah. Tak tau nak buat macam mana dah kat kita yang degil ni. Kalau berterus terang nanti kita terguris pulak, kalau di diamkan mereka jugak yang teraniaya.

Jadi, jomla pakat2 muhasabah diri sama2. Mana2 perangai degil ikut suka kepala kita tu tolong la ubah. Setiap kata2 kita yang lancang dan pedas tu cukup2 la naa.. berkata benar pada tempatnya. Tak mau dah sakitkan hati sahabat2 kita lagi, perangai malas tak kenal rajin tu hentikanlah.
Muhasabahlah diri anda sebagai seorang sahabat..semoga keesokan harinya kita menjadi sahabat yang mengalirkan cas2 positif agar sahabat2 disekeliling kita lebih bersemangat untuk hidup dan excited tunggu hari esok untuk date dengan kita. peace!

kita tahu kita susah nak ubah perangai tak baik tu tapi tak rugi kan kalau kita berubah jadi seseorang yang lebih baik?
 
7. Murabbi VS Mutarabbi - murabbi dan mutarabbi ni senang cerita seperti guru dan anak murid. Tetapi peranan murabbi itu lebih luas dan menyeluruh berbanding guru sekolah. Murabbi membimbing dan mentarbiah mutarabbi untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.  

Siapa kata tak ada perselisihan antara murabbi dan mutarabbi? 

Kadangkala Murabbi perlu memuhasabah diri juga terhadap apa yang dilakukannya terhadap mutarabbinya. Cara yang sama tidak wajar digunakan kepada mutarabbi yang berbeza. Ini kerana setiap manusia kan berbeza. Ada manusia yang perlukan pendekatan yang keras manakala ada sebahagiannya perlukan pendekatan yang lembut lagi menyentuh jiwa. Tiada format khusus di dalam proses mentarbiah seseorang, kerana manusia itu unik.

Saya dan anda sebagai Murabbi perlu pastikan tarbiah yang dilaksanakan benar-benar sesuai dan memberi impak kepada mutarabbi tersebut.  Kita tidak mahu tarbiah yang kita laksanakan membentuk manusia yang mengikut acuan kita tapi sepatutnya dia mengikut acuan Allah.
Dan tidak lupa juga kepada saya dan anda sebagai mutarabbi untuk memuhasabah diri atas apa yang dilakukan oleh murabbi kepada kita. Murabbi kita bukansengaja mahu memaksa kita tetapi mereka mahukan yang terbaik untuk diri kita. 

Perhubungan yang baik dan kepercayaan yang jujur perlu sebelum proses tarbiah. Tak kan lah kita yang tak kenal bagaimana persisnya mutarabbi kita itu semberono je nak mentarbiah dia tanpa usul periksa. Pada permulaannya perlu ada taaruf, perhubungan yang baik, kepercayaan mutarabbi kepada murabbinya. Indikatornya..apabila anda sebagai murabbi telah dipercayai, mutarabbi anda tanpa segan silu akan menceritakan permasalahannya kepada anda dan meminta anda untuk menjadi seseorang yang dipercayainya. 

Jangan cerita tentang ukhuwah jika anda belum benar2 memahaminya.  

Peringatan: apabila anda dicari, mahupun di ajak berkomunikasi bermakna ketika itu anda sangat diperlukan. Namun, jika di keadaan ini anda hanya mendiamkan diri dan memberi kekecewaan kepada yang memerlukan maka persiapkanlah diri untuk tidak diberi kepercayaan.


8. Kekasih- jengx3! xde! Eh.. Ada2! ..muhasabah diri dan tanyakan diri anda, “perlu ke aku berkasih dengan dia sedangkan Allah offer cinta yang lebih mahal, cinta yang mampu bawa aku ke syurga..?”
 akad nikah pun belum lagi! dah pening2 memikirkan perkara yang tak layak untuk difikirkan!” peace!^^


Kesimpulannya..semua di atas adalah diri kita sendiri. Kita sebagai hamba, umat, bakal ibu bapa atau  anak, sahabat, pendakwah dan orang yang di dakwah.

Malas nak tulis panjang2.. 

SEMOGA ALLAH REDHA DAN BERMANFAAT!^^

No comments:

Post a Comment

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock