Dengan
Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat
& Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli
keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh
umat Islam.
Syukur
ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya,
Redha
ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya.
HIJRAH itu berlaku setiap masa
mengikut kehendak-Nya. Alhamdulillah dalam kesukaran & keperitan yang aku
lalui dalam semester yang lepas, ada tersembunyi nikmat dari-Nya di akhir
waktu. Alhamdulillah keputusan yang baik Allah SWT anugerahkan pada diriku untuk
semester yang lepas.
Di saat seluruh alam menghina,
Allah SWT sentiasa ada memberi perhatian-Nya.
Di saat seluruh alam mengata,
Allah SWT sentiasa ada mengajar erti sabar dengan ketentuan-Nya.
Di saat seluruh alam mencaci,
Allah SWT sentiasa ada mendidik diri sentiasa mengangkat puji pada-Nya.
Di saat seluruh alam
berpura-pura, Allah SWT sentiasa ada menguji keikhlasan hati kita di sisi-Nya.
Di saat seluruh alam
menghukum, Allah SWT sentiasa ada memberi jihad untuk terus bertaubat pada-Nya.
Di saat seluruh alam
menghisab, Allah SWT sentiasa ada memberikan keadilan-Nya.
Di saat seluruh alam
membuntukan jiwa, Allah SWT sentiasa ada menunjukkan jalan keluar dengan
izin-Nya.
Itulah
rahsia sebenar hakikat seorang hamba. Sentiasa bersangka baik dengan setiap
perancangan Allah SWT. Tidak selamanya kita akan terus dalam kehinaan. Tidak
selamanya kita akan terus dalam kemuliaan. Sungguh, hati & setiap perkara
dalam hidup kita ditentukan Allah SWT dengan izin-Nya.
Dalam
menempuh hidup yang terlalu menduga hingga tiba saatnya bahawa terasa diri
tidak punya apa-apa melainkan keluarga, di saat itu semakin hebat didikan Allah
SWT bahawa besarnya nikmat merasakan 'Cukuplah Allah SWT bagiku'.
Dalam
menempuh ujian hidup yang menyesakkan jiwa daripada pelbagai aspek, hentikanlah
fikiran dari terus memikirkan tentang manusia atau insan yang menjadi penyalur
ujian tersebut tetapi berfikirlah tentang Allah SWT yang memberi ujian
tersebut. Itu pastinya akan lebih mendamaikan jiwa, menenangkan hati.
Dalam
menempuh ujian yang bertimpa-timpa, jadikan doa itu benar-benar senjata utama.
Doakan yang sebaiknya untuk ujian tersebut. Jika diri dianiayai oleh manusia,
doakan semoga insan yang menganiayai itu sentiasa dirahmati Allah SWT &
dilindungi daripada ujian yang menimpa diri kita melalui dirinya. Itu lebih
menenangkan hati. Benar, sakit untuk melupakan tapi hakikat 'mengembalikan
segalanya kepada Allah SWT pemilik sekalian alam' itu akan terasa nikmat-Nya.
Mendidik diri dalam keikhlasan dalam setiap perbuatan & dalam setiap
langkah sebagai hamba-Nya.
Dalam
menempuh ujian yang terasa beratnya di jiwa, imbau semula perjalanan hidup kita
atas muka bumi Allah SWT ini. Sudah berapa banyak ujian yang dapat kita tempuh
sebelum ini. Ada tikanya kita merasa itulah ujian yang paling berat buat kita,
sedangkan sekarang ini kita sudah terlalu jauh berlalu daripada masalah yang
dirasakan terlalu hebat suatu ketika dulu. Lihat..Allah SWT sentiasa membantu
hamba-Nya. Allah SWT sangat menyayangi hamba-Nya. Bukan sifat Allah SWT zalim
untuk menyeksa hamba-Nya melalui ujian kerana setiap ujian itu mengikut
kemampuan. Cumanya Allah SWT hanya ingin menguji tahap keimanan kita. Tahap
kebergantungan kita dengan-Nya. Tahap tawakal kita dalam setiap tindakan
terhadap-Nya. Sentiasa bersangka baik bahawa Allah SWT akan mengeluarkan jua
kita daripada permasalahan tersebut cuma sebagai hamba-Nya, jangan pernah
berputus asa daripada rahmat Allah SWT.
Cinta Suci Zahrana ...
Zahrana lukisan cinta suci
Nelangsanya hatimu sepi,
senyummu tetap dalam ikhlas
Biar lama menanti tetap hati
berpegang, cintamu suci
Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karena Allah
walau dingin hati membeku
Menggunungnya hinaan, sebutan
perawan tua, cintamu tetap suci
Sebut nama-Nya, dekat
dengan-Nya, pinta pada-Nya
Segala perkara hidup dan cintamu
indah pada waktunya
Takdirkan cinta atas
restu-Nya, atas pilihan-Nya
Serahkan seluruh urusan cinta
dan hidup hanya pada Allah, zahrana
Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karena Allah
walau dingin hati membeku
Menggunungnya hinaan, sebutan
perawan tua, cintamu tetap suci
Sebut nama-Nya, dekat
dengan-Nya, pinta pada-Nya
Segala perkara hidup dan
cintamu indah pada waktunya
Takdirkan cinta atas
restu-Nya, atas pilihan-Nya
Serahkan seluruh urusan cinta
dan hidup hanya pada Allah, zahrana
.: Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ialah
manifestasi langsung bahawa Allah SWT sedang berbicara dengan kita. Muhasabah
kembali bagaimana kita sebagai hamba-Nya menerima setiap pemberian Allah SWT
yang Maha Pemurah biarpun dalam suka dan duka. Allah SWT, jangan biar kami
menjauh... :.
p/s : Sesiapa yang ada
movie 'Cinta Suci Zahrana' ini mohon share. Sangat teringin. ^^,
No comments:
Post a Comment