اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Friday 1 February 2013

!@#$%^&* = Hidup yang INDAH


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat & Salam atas Baginda Rasulullah SAW,
ahli keluarga, para sahabat, para tabii tabiin,
seluruh umat Islam.
Syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat-Nya,
Redha ALHAMDULILLAH atas segala ketentuan-Nya.



HIJRAH itu berlaku setiap masa mengikut kehendak-Nya. Alhamdulillah dalam kesukaran & keperitan yang aku lalui dalam semester yang lepas, ada tersembunyi nikmat dari-Nya di akhir waktu. Alhamdulillah keputusan yang baik Allah SWT anugerahkan pada diriku untuk semester yang lepas. 

Di saat seluruh alam menghina, Allah SWT sentiasa ada memberi perhatian-Nya.

Di saat seluruh alam mengata, Allah SWT sentiasa ada mengajar erti sabar dengan ketentuan-Nya.

Di saat seluruh alam mencaci, Allah SWT sentiasa ada mendidik diri sentiasa mengangkat puji pada-Nya.

Di saat seluruh alam berpura-pura, Allah SWT sentiasa ada menguji keikhlasan hati kita di sisi-Nya.

Di saat seluruh alam menghukum, Allah SWT sentiasa ada memberi jihad untuk terus bertaubat pada-Nya.

Di saat seluruh alam menghisab, Allah SWT sentiasa ada memberikan keadilan-Nya.

Di saat seluruh alam membuntukan jiwa, Allah SWT sentiasa ada menunjukkan jalan keluar dengan izin-Nya.

     Itulah rahsia sebenar hakikat seorang hamba. Sentiasa bersangka baik dengan setiap perancangan Allah SWT. Tidak selamanya kita akan terus dalam kehinaan. Tidak selamanya kita akan terus dalam kemuliaan. Sungguh, hati & setiap perkara dalam hidup kita ditentukan Allah SWT dengan izin-Nya.

     Dalam menempuh hidup yang terlalu menduga hingga tiba saatnya bahawa terasa diri tidak punya apa-apa melainkan keluarga, di saat itu semakin hebat didikan Allah SWT bahawa besarnya nikmat merasakan 'Cukuplah Allah SWT bagiku'.

     Dalam menempuh ujian hidup yang menyesakkan jiwa daripada pelbagai aspek, hentikanlah fikiran dari terus memikirkan tentang manusia atau insan yang menjadi penyalur ujian tersebut tetapi berfikirlah tentang Allah SWT yang memberi ujian tersebut. Itu pastinya akan lebih mendamaikan jiwa, menenangkan hati. 

     Dalam menempuh ujian yang bertimpa-timpa, jadikan doa itu benar-benar senjata utama. Doakan yang sebaiknya untuk ujian tersebut. Jika diri dianiayai oleh manusia, doakan semoga insan yang menganiayai itu sentiasa dirahmati Allah SWT & dilindungi daripada ujian yang menimpa diri kita melalui dirinya. Itu lebih menenangkan hati. Benar, sakit untuk melupakan tapi hakikat 'mengembalikan segalanya kepada Allah SWT pemilik sekalian alam' itu akan terasa nikmat-Nya. Mendidik diri dalam keikhlasan dalam setiap perbuatan & dalam setiap langkah sebagai hamba-Nya.

     Dalam menempuh ujian yang terasa beratnya di jiwa, imbau semula perjalanan hidup kita atas muka bumi Allah SWT ini. Sudah berapa banyak ujian yang dapat kita tempuh sebelum ini. Ada tikanya kita merasa itulah ujian yang paling berat buat kita, sedangkan sekarang ini kita sudah terlalu jauh berlalu daripada masalah yang dirasakan terlalu hebat suatu ketika dulu. Lihat..Allah SWT sentiasa membantu hamba-Nya. Allah SWT sangat menyayangi hamba-Nya. Bukan sifat Allah SWT zalim untuk menyeksa hamba-Nya melalui ujian kerana setiap ujian itu mengikut kemampuan. Cumanya Allah SWT hanya ingin menguji tahap keimanan kita. Tahap kebergantungan kita dengan-Nya. Tahap tawakal kita dalam setiap tindakan terhadap-Nya. Sentiasa bersangka baik bahawa Allah SWT akan mengeluarkan jua kita daripada permasalahan tersebut cuma sebagai hamba-Nya, jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah SWT.


Cinta Suci Zahrana ...

Zahrana lukisan cinta suci
Nelangsanya hatimu sepi, senyummu tetap dalam ikhlas
Biar lama menanti tetap hati berpegang, cintamu suci

Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karena Allah walau dingin hati membeku
Menggunungnya hinaan, sebutan perawan tua, cintamu tetap suci

Sebut nama-Nya, dekat dengan-Nya, pinta pada-Nya
Segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya
Takdirkan cinta atas restu-Nya, atas pilihan-Nya
Serahkan seluruh urusan cinta dan hidup hanya pada Allah, zahrana

Zahrana risalah cinta suci
Cintamu hanya karena Allah walau dingin hati membeku
Menggunungnya hinaan, sebutan perawan tua, cintamu tetap suci

Sebut nama-Nya, dekat dengan-Nya, pinta pada-Nya
Segala perkara hidup dan cintamu indah pada waktunya
Takdirkan cinta atas restu-Nya, atas pilihan-Nya
Serahkan seluruh urusan cinta dan hidup hanya pada Allah, zahrana



.: Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ialah manifestasi langsung bahawa Allah SWT sedang berbicara dengan kita. Muhasabah kembali bagaimana kita sebagai hamba-Nya menerima setiap pemberian Allah SWT yang Maha Pemurah biarpun dalam suka dan duka. Allah SWT, jangan biar kami menjauh... :.




p/s  : Sesiapa yang ada movie 'Cinta Suci Zahrana' ini mohon share. Sangat teringin. ^^,

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock