اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Organisasi Badar

Full Organisation of Badan Dakwah dan Rohani xD

Assalamualaikum. Apa khabar iman? 
--Sihat..
--err.. sikit-sikitlah. Hee..
--Alhamdulillah, MANTOP!

Uish, confident tu. ^^ Walau apa pun jawapan kita, bersyukurlah "Alhamdulillah.." Allah masih memberi kita peluang untuk menghirup OxygenNya di dunia fana ini. :)

Tu maksudnya Allah masih juga memberi kita peluang untuk berubah menjadi hambaNya yang bertaqwa lah kan?. Jadi rugilah kalian kalau masih mensia-siakan peluang dan waktu yang ada ini.

Masa bulan Ramadhan ni lah waktu yang terbaikk sekali untuk kita buat satu anjakan paradigma. Syaitan semua kena ikat kan? Yess.! Tinggal hawa binti nafsu sahaja yang perlu kita tepis dan tangkis. Sama-sama kita cuba perbaiki dan perbaiki dan perbaiki dan perbaiki lagi untuk menuju ke matlamat utama kita "Mencapai keredhaan Allah s.w.t". Biar kita kalah, tapi kita bangun, bangkit dan berjuang. Itulah nilaian muslim yang sejati.

Wallahua'lam. 

**Peringatan dibawakan khas dari rumah kecil dan usang saya ini, untuk saya, AWAK dan semua muslimin dan muslimat. xD

Eh, main pointnya dkt sini nak perkenalkan Organisasi Badar sebenarnya. 
BADAR stand for : Badan Dakwah dan Rohani.

Badar ni adalah hasil gabungan surau Al-Abrar dan Surau As-Sakinah. Bila bergabung, jadilah --->

BADAR


Setakat ni alhamdulillah banyak aktiviti dengan jayanya telah dijalankan dan akan dipertingkatkan  lagi dari masa ke masa. Insyallah :D

Credit and thanks to : Semua ahli badar yang baaannnyak membantu mengerah masa, tenaga, fikiran, keluhan, idea, dll dalam pelbagai aktiviti yang akhirnya berjaya dilaksanakan. Moga penat lelah dan usaha kalian menjadi saham kalian yang paling bernilai di sisi Allah kelak. ^_^V

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock