اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim
Showing posts with label Jom join aktivity sem hadapan. Show all posts
Showing posts with label Jom join aktivity sem hadapan. Show all posts

Monday, 23 July 2012

.:Aktiviti Sem Hadapan:.



Alhamdulillah, pada sem kali ni 2012/2013 dengan berkat bantuan sahabat-sahabat, dan tak lupa berkat pertolongan dari Allah akhirnya surau As-Sakinah semakin maju dari semasa ke semasa.

Pada kali ni, insyallah aktiviti-aktiviti yang dirancang semakin teratur dan bertambah baik. 

------------
"Allahuakbar.." :)~

Jemput adik-adik, rakan taulan utk Jom turun ke surau As-Sakinah. Kalau tidak kita yang mengimarahkan, siapa lagi kan? :))

^^ Kita masih merasa takutnya pandangn manusia tika kaki melangkah ke surau..
"Eh, aku tak alim mana.. Malu la nak join aktiviti surau.."

>> Malunya kita pada Allah bagaimana? FIKIRKAN.

^^Kita mahu berubah. Tapi masih di takuk lama. Sebab kita fikir.. "Janji kita solat 5 waktu. Tak buat jahat pun dah cukup. Alhamdulillah.."


>> Sedangkan Nabi yang ma'sum itu pun beribadat kepada Allah sepenuh hatinya, inikan kita.
Datanglah solat berjemaah.. Sesungguhnya, tiap-tiap solat jemaah itu, Allah gandakan pahala kepada kita sebanyak 27 kali ganda. 

-----------
"Subahanallah.." :D

psst : “Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. :')

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock