اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Saturday, 26 January 2013

Jantung Bukan Hati


Sabda Rasulullah S.A.W “Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
 

Dulu..saya hanya membaca hadis ini tanpa mengerti maksud sebenar di sebaliknya. Ya..hadis ini mudah difahami, bila dibaca kita tahu bahawa hadis ini menceritakan tentang hati, jantung hati”. Tetapi, tahukah anda.. Rasulullah sedang memberitahu kita sesuatu yang amat penting melalui hadis yang straight to the point ini.
 alhamdulillah..perkenalan dengan hadis ini membuatkan saya cuba untuk mengenali dia, si jantung hati.^_^

Di dalam masyarakat Melayu, kita menterjemahkan qalb di dalam hadis ini sebagai hati, sedangkan qalb yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah jantung. Sebenarnya hati di dalam bahasa arab adalah kabid. Sebab itu di dalam bahasa inggeris jantung diterjemahkan sebagai heart sedangkan hati adalah liver. Jadi jika anda menyebut “u are in my heart” bermakna anda memaksudkan bahawa “anda di dalam jantung saya”. Ini bermakna bahasa melayu telah melakukan kesilapan di dalam menterjemahkan perkataan Qalb yang digunakan di dalam hadis ini.

Jadi sepatutnya hadis itu diterjemahkan begini

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah jantung hati”.

Untuk entri ini saya akan menggunakan perkataan jantung hati agar anda lebih selesa dan biasa dengan term tersebut. Kalau di ikutkan jantung hati saya ini banyak sangat yang saya mahu kongsikan dengan anda tentang jantung hati tapi dikhuatiri entri saya ini akan menjadi terlalu panjang sehingga bisa menjadi sebuah buku. Jadi, untuk permulaan saya akan merangkumkan beberapa point penting sebagai pengenalan yang panjang.
 Di dalam hadis ini, Rasulullah menceritakan tentang segumpal daging iaitu jantung hati. Di dalam diri insan ada 2 jantung iaitu organ yang amat penting untuk proses pernafasan dan pengepaman darah keseluruh anggota badan dan jantung rohani. Ya, memang tidak dapat dinafikan jika jantung kita bermasalah ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan tubuh badan kita, begitu juga jantung hati rohani atau jantung spiritual. Jika jantung rohani kita bermasalah maka ianya akan terpamer melalui tingkahlaku kita secara amnya dan ibadat secara khususnya.
Insan yang memiliki organ jantung yang sihat tidak semestinya mempunyai jantung rohani yang sihat dan insan yang memiliki jantung yang tidak sihat seperti sakit jantung, lemah jantung dan penyakit yang seangkatan dengannya mungkin mempunyai jantung spiritual atau jantung rohani yang sihat.
 “iaitu pada hari ketika harta benda dan anak –anak tidak berguna. Kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan jantung hati yang sejahtera” (Al-Syu’ara’:88-89).
Tahukah anda ciri-ciri jantung hati yang sejahtera atau Qalb salim yang disebut di dalam ayat di atas?
Menurut ibnu Qayyim qalb salim ialah jantung rohani yang selamat dari kewujudan sebarang syirik kepada Allah. Bahkan mengikhlaskan segala pengabdian untuk Allah sama ada dari segi kehendak, cinta, tawakal, kembali kepadaNya, merendah diri kepdaNya, takut dan harap – Ibnu al-Qayyim, Tibb al-Qulub,37, Damsyik:Dar al Qalam.
“Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak”

Kenapa kalau jantung rohani kita baik maka seluruh tubuh kita juga akan baik?
Ya betul sekali apa yang anda fikirkan! Apabila jantung rohani kita baik di dalam erti kata ianya bersih dari syirik, penyakit2 hati dan selainnya maka seluruh tubuh badan kita akan jadi baik juga.
 Baik dari segi apa? Adakah kita akan mempunyai badan yang tidak berpenyakit dan penuh dengan otot otot besar?
Tidak. Sihat tubuh badan yang dimaksudkan adalah…
1. Jantung rohani yang bersih dari syirik akan menghalang seorang insan itu untuk bergantung selain kepada Allah. Nak jumpa bomoh? Pergi kubur minta no ekor? Takut pada hantu? Mana mungkin semua itu akan terjadi apabila jantung rohaninya bebas dari syirik dan hanya kepada Allah dia memohon pertolongan dan melahirkan perasaan takut sebagai seorang hamba.
2. Jantung rohani yang penuh dengan keikhlasan akan mendorong insan tersebut untuk melaksanakan ibadat kepada Allah dengan penuh kesungguhan, ikhlas  dan penuh pengharapan agar ibadatnya diterima oleh Allah.
3. Jantung rohani yang taat akan memimpin tubuh badan insan tersebut untuk mengikut syariat Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah (ittiba’) di dalam soal ibadat kepada Allah. Pastinya perbuatan sesat mahu pun ibadah tambahan yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda di tolak dengan penuh ketaatan di dalam hati walaupun sebelum ini dia seorang yang istiqamah dalam melaksanakannya.
4. Jantung rohani yang bersih akan menghalang tubuh badannya daripada terjatuh ke dalam lubang kemaksiatan. Jantung rohani yang bersih akan menjaga mata pemiliknya daripada melihat perkara2 yang tidak baik untuknya. Telinganya akan digunakan untuk mendengar sesuatu yang menambahkan kecintaan kepada Tuhannya seperti bacaan ayat suci AlQuran, setiap derapan kakinya melangkah ke tempat yang diberkahi Allah, tangannya tidak berat dari melakukan kebajikan untuk orang lain sehinggakan tangan kiri tidak sedar kebaikan yang dilakukan oleh tangan kanan
5. Jantung rohani yang merdeka daripada segala penyakit hati seperti ujub, riak, takbur, sombong dan hasad kepada orang lain membuatkan pemiliknya sentiasa mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah kepadanya dan redha menerima setiap ketentuanNya.
6. Jantung rohani yang bulat keyakinannya, yakin bahawa jodoh dan rezeki sudah ditentukan Allah dan dia yakin jika Allah menginginkan sesuatu untuknya maka tiada siapa yang dapat menghalang dia untuk memperolehinya dan jika Allah tidak berkehendak akannya maka tiada siapa yang mampu membantu dirinya untuk memilikinya.
Subhanallah!..segalanya bermula dari seketul daging iaitu jantung hati!.. jantung hati yang bermasalah pasti akan mendorong pemiliknya untuk bertindak melakukan sesuatu yang menyalahi perintah Allah.
Mana mungkin jantung hati yang penuh dengan kesyirikan akan menjadikan pemiliknya bertakwa kepada Allah.

Di dalam ilmu psikologi kaunseling Islam, ulama-ulama psikologi banyak mengaitkan masalah psikologi dengan jantung rohani dan bagaimana nafsu iaitu musuh utama jantung hati menjadi raja atau pun hamba kepada jantung hati. Bahkan mereka menyifatkan segala tingkahlaku dan perbuatan manusia bermula dari jantung hati.
Di dalam kita ihya’ tulisan imam Al-Ghazali, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa aspek dalaman manusia iaitu roh, jiwa, jantung hati dan akal mempengaruhi sifat-sifat luaran. Namun begitu, Iman Al-Ghazali menyatakan bahawa aspek yang paling besar pengaruhnya kepada tingkahlaku manusia adalah jantung hati.
Kenapa kita terkadang mengalami stress atau tertekan? kerana jantung rohani kita bermasalah. Kita tidak senang dengan nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. jantung rohani kita penuh dengan hasad dengki, jantung rohani kita tidak yakin akan ketetapan Allah, jantung rohani kita tidak bertawakal dan berharap sepenuhnya kepada Allah. akibatnya kita mengalami stress dan akhirnya penyakit stress ini akan menjadi punca kepada permasalahan penyakit yang lain yang bukan sahaja menyerang tubuh badan kita tetapi juga tingkahlaku kita sebagai seorang Muslim. Begitu juga dari segi ibadat akan turut terganggu.
 bahkan, kadangkala kita dihimpit penyakit risau tentang sesuatu yang belum berlaku, tentang masa depan yang kita juga tidak pasti adakah kita akan sampai kepadanya atau tidak. Dimana nilai tawakal dan penyerahan kita kepada Allah? Mulut bicara tetapi jantung hati tidak yakin sepenuhnya. Peringatan untuk saya terutamanya.
Tahukah anda, Rasulullah S.A.W hanya memiliki beberapa helai uban sahaja. Sedangkan kita semua tahu jalan hidup Rasulullah itu tidak mudah, dengan tanggungjawab untuk menyampaikan Islam, menjadi pemimpin. Ditambah lagi dengan dugaan-dugaan yang sangat hebat tetapi helaian uban Rasulullah tidak menunjukkan Rasulullah mengalami tekanan sepanjang hidup baginda.  Tidak lain tidak bukan semua ini berlaku kerana Rasulullah memiliki qalb salim. Segalanya terbukti apabila kita membaca sirah junjungan Rasulullah S.A.W. amatlah rugi bagi kita yang mengaku cintakan Rasulullah lebih memilih untuk membaca novel, majalah berbanding membaca sirah Baginda. banyak buku-buku sirah yang boleh kita baca antaranya seperti syamail Muhammad, Raheeq mahktum, fiqhus sirah dan sebagainya. malahan buku2 sirah ini boleh didapati dalam bentuk E book jadi anda tidak perlu khuatir perlu membelanjakan wang untuk membelinya Cuma perlu download.
Contohilah sifat tawakal dan pergantungan baginda kepada Allah.. Allahuakbar..sangat menakjubkan keyakinan jantung rohani Rasulullah kepada Allah.
Ada satu cerita….
 ketika itu Rasulullah sedang berteduh sambil berbaring di bawah sepohon pokok. Baju baginda disangkutkan di dahan pokok itu agar baju tersebut kering kerana telah basah dek terkena hujan. Sarung dan pedang baginda juga ditanggalkan dari badan baginda. Ketika itu seorang kafir sedang memerhatikan Rasulullah yang keseorangan kerana sahabat yang lain berteduh di bawah pokok yang lain. jadi kafir itu tahu, itu adalah waktu terbaik untuk menyerang Rasulullah yang keseorangan tanpa ditemani sahabat. Tetapi kafir itu lupa bahawa Allah sentiasa bersama Rasulullah.
Lalu kafir itu mendatangi dan mengambil pedang baginda lalu mengacukannya ke leher Rasulullah sambil berkata “haa! Tiada siapa lagi yang mampu menyelamatkan engkau!”
Lalu dengan tenangnya Rasulullah menjawab “Allah yang melindungi aku”. Lalu orang kafir tersebut menggigil dan melepaskan pedang tersebut dan baginda pula yang mengambil pedang itu kembali dan mengacukannya ke leher kafir tersebut.
Subhanallah..lihatlah betapa hebatnya keyakinan dan pergantungan baginda kepada Allah. Bagaimana jika perkara yang sama berlaku kepada kita? apakah tindakan kita agaknya ya??
Simpan jawapan itu buat diri anda sendiri..
“oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi(mengambil iktibar) supaya mereka menjadi orang yang ada jantung hati yang dengannya mereka  dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar maka itu bukanlah mata mereka yang buta, tetapi buta jantung hati yang berada di  dalam dada” (al-Hajj:46).
Bersyukurlah jika anda memiliki jantung rohani yang sihat. Jika anda pernah mengalami kesakitan jantung rohani pasti anda akan menghargai ketenangan hati yang anda miliki sekarang. Terkadang rasa jantung rohani ini sakit sangat sehingga mahu sahaja di campakan hati tersebut dan digantikan dengan hati yang baru. Jantung hati itu sifatnya berbolak balik. Kadangkala terasa tetap benar jantung hati ini dalam membuat keputusan, alih-alih tiba2 je berubah jadi tidak yakin dengan keputusan yang telah ditetapkan itu. Tetapi, perkara yang membahayakan ialah apabila kita sudah diberi petunjuk yang lurus dalam agama tapi hati kita berbolak balik pula.nauzubillah.. sebab itu wujudnya doa supaya kita diberi ketetapan hati setelah diberi petunjuk. Begitu juga doa supaya Allah membersihkan mahu pun menggantikan hati kita dengan hati yang baru.
Antara cabaran yang terbesar bagi setiap insan sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini adalah membersihkan dan mengubati hati sehingga kita memiliki qalb salim sebelum kembali kepada Allah. Di lingkaran ini lah kita perlu bermujahadah, berjihad melawan segala tentangan yang datang seperti godaan syaitan dan nafsu yang sentiasa cuba untuk menawan jantung rohani kita.
Banyak buku yang boleh anda rujuki bagaimana untuk membersihkan  dan mengubati hati dan di antara ulama yang popular membahaskan mengenai persoalan hati ini adalah Ibnu Qayyim. 
Sentiasa ingat akan hadis ini
Sabda Rasulullah S.A.W “Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah jantung hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Saya juga tidak mahu ketinggalan bersama sama anda  berjihad untuk memiliki Qalb salim!

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock