Tiba-tiba saja saya teringin untuk menulis sesuatu yang
dapat memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan juga orang lain.eh! bukan
tiba-tiba tapi memang sudah dirancang oleh Allah. Akibatnya, diri ini pun
termenung menung memikirkan idea, meminta ilham dari yang Esa. Selepas akal
dipaksa untuk seketika alhamdulillah muncul juga idea yang ditunggu tunggu dan
akhirnya terhasil lah tulisan yang saya jangkakan ianya panjang melebihi biasa
pada awalnya tetapi pendek je hasilnya.
Baiklah..tanpa perlu
berbasi basi, soalan saya, kenapa saya dan anda perlu memuhasabah diri kita
sendiri?
erk..ok2 jangan berebut untuk jawab soalan ini. Setiap
orang boleh simpan jawapan masing-masing ya!
Ayat al quran tentang penciptaan manusia yang pelbagai..
“Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke-13
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Mahu atau tidak, nak atau tak nak, kita mesti menerima
hakikat bahawa dunia ini terdiri daripada makhluk manusia yang pelbagai, cukup
unik dan sangat mengujakan. Disebabkan kepelbagaian inilah sukar untuk kita
mendapatkan 1 kata putus atau keserasian melainkan dengan bertolak
ansur,berlapang dada, saling memahami dan menerima seadanya. Justeru itu, di dalam kepelbagaian ini
terwujud hubungan di antara manusia dan Tuhan dan juga hubungan di antara
manusia sesama manusia..
Alangkah tidak seronoknya jika dunia ini dihuni oleh manusia
yang sama perangainya, loyar buruknya, pe’el nya dan sebagainya, boleh bosan
hidup yang singkat ini! Namun, bila
wujudnya kepelbagaian dikalangan manusia justeru ianya mengundang konflik
dalaman dan luaran pula, dan saya sedar konflik ini terwujud apabila saya dan
anda memasuki alam sosial dengan manusia lain. Yelah, konflik ini terjadi pun
sebab manusia.
Tetapi…
ayat di atas hanya
pendahuluan sahaja. Cikgu BM kata.. pendahuluan ni jangan discuss tentang tajuk
utama sangat,cerita sikit2 je. Okla pendahuluan saya tu kan?
Baiklah! Dibawah merupakan golongan-golongan yang perlu
memuhasabah diri mereka sebelum tidur
1. Hamba Allah- 4sure
(baca:pastinya) saya dan anda sebagai hamba Allah perlu sentiasa memuhasabah
diri sendiri sebelum tidur ! tetapi ramai yang terlupa untuk memuhasabah diri
mereka sendiri dan sebab itulah mereka gagal untuk menjadikan hari ini lebih
baik dari semalam. Jadi, tujuan kita memuhasabah diri adalah tidak lain tidak
bukan antaranya adalah untuk membantu diri kita mengenalpasti kekurangan kita
sebagai hamba Allah yang perlu kita perbaiki dan kelebihan yang perlu kita
gunakan dan istiqamahkan.
Bagi mereka yang sangat rajin, anda boleh membina mutabaah amal anda sendiri atau dalam bahasa mudahnya adalah
jadual yang mengandungi senarai ibadat yang anda rancang mahu lakukan setiap
dari. Jadi, dengan cara ini anda boleh membantu memperingatkan diri anda
sendiri dan memperbaiki diri anda untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik,
taat, bertakwa, beriman, alim dan soleh.
Tak semua manusia sedar bahawa dia itu hanya seorang hamba
Tuhan yang bukan diciptakan dengan sia-sia tetapi ada tujuannya iaitu sebagai
abid(hamba) kepada Allah
Dan Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz
Dzariyat: 56)
dan khalifah kepada diri sendiri dan juga orang lain.
'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini" ' (2:30)
Namun, kesibukan menguruskan hal dunia, perasaan takabbur
dan tunduk pada kehendak nafsu menjadikan
insan itu lupa diri dan lupa kepada Penciptanya.
Natijahnya dia lupa tanggungjawab dan kewajipannya sebagai
seorang muslim dan antaranya ialah dia lupa bahawa dia perlu melaksanakan
perintah solat, 5 kali sehari semalam.
Bukan hanya lupa, malahan dia malas dan merasakan solat itu seperti
beban yang menyusahkan lalu dapatlah kita perhatikan ada insan yang solat seperti
burung yang sedang mematuk, apatah lagi dilaksanakan pula di hujung waktunya.
Pada keadaan inilah seorang insan itu perlu memuhasabah
dirinya sendiri. Adakah dia seorang hamba yang benar-benar melaksanakan dan
memenuhi tuntutan rukun islam yang telah dihafalnya sejak kecil atau agama itu
hanya ritual biasa sama seperti agama lain?
Ingin saya bertanya, adakah agama itu hanya terletak pada
majlis tahlil, isra’ mikraj maulidur rasul dan sebagainya?
Adakah agama itu begitu menyusahkan sehingga kamu seorang
wanita yang mengaku islam itu agamaku di kad pengenalan dan FB berasa kekok
untuk menutup aurat dan bertudung.?
Jika tidak, lalu kenapa kamu tergamak memalukan diri kamu
sendiri dengan hanya mengenakan selendang jarang yang segan-segan menutup
keseluruhan kepalamu ketika berada di majlis tahlil dan menanggalkannya sejurus
sahaja majlis itu selesai?
Tindakan kamu itu seperti menunjukan tuntutan menuntut aurat
hanyalah semasa majlis2 tahlil, pengebumian dan sebagainya. selesai je majlis
“Horee!! Selesai sudah! Dan boleh tanggal tudung!” begitukah yang kamu faham
tentang islam???
Astagfirullahal azim..
namun, mungkin masih ada sekelumit malu dalam dirimu, jika tidak mungkin
kamu hanya membiarkan dirimu tidak berselendang mahupun bertudung di majlis
tahlil tersebut kan?.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam
secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah – langkah syaitan. Sungguh
ia musuh yang nyata bagi kamu” ( 2:208)
saya sebagai seorang hamba sukar untuk menerima perbuatan
kamu itu tetapi sungguh ALLAH itu Maha Pengasih dan Penyayang. Masih kamu
diberi nikmat yang berterusan atas perbuatan kamu itu dan saya tahu dalam
dirimu masih ada rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT..
Kenalilah Islam, nescaya kamu akan mencintainya apabila kamu
benar-benar mengenalinya.
Wahai diriku..Wahai saudaraku..muhasabahlah diri kamu..
kenalilah Tuhan yang sentiasa membuka
pintu taubat untuk mu. Adakah kamu terlupa perjanjian kita dengan Allah?
Dan agama islam itu sangat luas, menyeluruh dari sekecil
kecil perkara sehinggalah kepada urusan yang kompleks , tidak menyusahkan
bahkan setiap dari kita diberi peluang untuk menjadi yang terbaik disisi Allah.
Wahai saudaraku dan juga diriku sendiri..marilah kita
memuhasabah diri sendiri.
Tanyakan pada diri , adakah kita ikhlas dalam setiap
ibadat dan perbuatan yang kita lakukan hari ini? Adakah kita ikhlas
melakukannya kerana Allah? Disaat kamu memberi seseorang yang memerlukan RM1
dengan ikhlas dan redha padahal waktu itu kamu sangat memerlukannya lebih
bernilai daripada pemberian kamu yang beribu ribu tapi kamu lakukan hanya untuk
mendapat pengiktirafan dan pandangan manusia.
Nah, islam itu hebatkan? Tidak kira kamu miskin atau kaya
kamu tidak di diskriminasi untuk melakukan kebaikan kerana ikhlas itu mampu
milik oleh sesiapa sahaja.
Dan bagaimana pula pergantungan dan tawakal kita kepada
Allah? Adakah hari ini kita benar-benar meletakkan sepenuh keyakinan hanya
kepada Allah? Adakah kita meminta pertolongan daripada Allah sewaktu kita di
uji dengan kesusahan atau kita lupa bahawa Allah itu Maha kuasa dan segalanya
di dalam genggamanNya?
Maka apabila kita
lupa,tercari carilah kita siapakah yang dapat membantu kita. Di dalam keresahan
dan kerisauan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah, masih kamu
menyombongkan diri untuk berdoa kepada Allah. Alangkah ruginya, solat lima
waktu itu tidak dihargai untuk dijadikan sebagai platform untuk berdoa dan
meminta kepada Allah tapi dilaksanakan dengan perasaan cemas dan risau
memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah.
Jangan pernah izinkan nafsu kamu untuk berbicara seperti ini
“ Disebabkan aku orang
islam jadi aku terpaksa solat. Takut-takut nanti Allah beri ujian yang
hebat-hebat dan Allah tarik nikmat kalau aku tak solat.”
“Kalau tak solat, malu
lah aku depan mereka semua”
Jangan jadi orang islam yang hanya ingat Allah ketika bila di
dalam kesusahan sahaja. nauzubillah!
“Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang
lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru melainkan
Allah. Maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah
(tidak mengingatiNya). Dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan
nikmat-nikmat Allah). (Al-Isra’ : 67)
Banyak betul nak kena muhasabah diri hari ini..
2. Umat Muhammad SAW – sila muhasabah kembali setahap mana
anda ittiba’ (mengikuti) Rasulullah di dalam kehidupan anda. Adakah kecintaan
yang anda laungkan laungkan semasa maulidur Rasul di applikasikan kedalam
kehidupan sebenar anda? Anda dan Allah sahaja yang tahu…
Kesian tengok p.cik2
berkawad dan berarak semasa perarakan maulidur rasul sedangkan itu semua
bukanlah cara untuk menunjukkan kecintaan kepada baginda. Terkejut bila melihat
penghafaz-penghafaz Al-Quran menjadi tukang bawa sepanduk.
Sejauh mana saya dan anda benar-benar mengenali baginda?
muhasabah diri
Adakah kita lebih mengenali artis-artis,
personaliti-personaliti mahupun tokoh-tokoh pujaan melebihi Rasulullah
SAW? Adakah kita benar-benar menyayangi
dan mencintai baginda?
Kata Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid "Cinta adalah perbuatan
jantung hati dan tingkah laku yang kita tunjukkan adalah buah daripada
kecintaan di dalam jantung hati"
“Belum sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya,
dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia” (Shahih Bukhari)
Jadi, jika jantung hati kita benar-benar mencintai
Rasulullah seperti yang mulut kita sebutkan pasti ianya akan tertunjuk melalui
perbuatan lahiriah kita kan?.
Agak-agaknyalah, benar ke kita mencintai Allah SWT dan
Rasulullah SAW kalau lahiriah dan zahiriah kita melanggar suruhan Allah dan apa
yang di ajar Rasulullah?
Ketika menyampaikan khutbah, Rasulullah pernah di tanya oleh
seseorang tentang hari kiamat. Kemudian baginda bertanya kepada dia kembali
“apakah persedianmu untuk menghadapi hari tersebut”
Lalu orang itu menjawab “ persediaan ibadatku tak banyak
namun jiwaku dipenuhi kecintaan kepada Allah dan RasulNya.” *Dia beribadat namun tak banyak
Lalu baginda membalas “ kamu akan bersama dengan mereka yang
dicintai”
Ibnu Abbas menyatakan “ tiada yang lebih menggembirakan aku
selepas aku memeluk islam melainkan selepas aku mengetahui tentang hadis ini”
Lalu beliau mengucapkan “ aku cinta Rasulullah! Aku cinta
Abu Bakar! Aku cinta Umar!”
Supaya beliau dapat dihimpunkan bersama mereka.
Adakah jiwa kita sudah dipenuhi dengan kecintaan kepada
Allah SWT dan Kekasihnya? Muhasabah diri
3. Penuntut ilmu - pada
hari ini, cuba kita tanyakan kepada diri kita sendiri berapa banyak ilmu agama
yang kita pelajari dan banyak mana telah kita fahami dan amalkan?
Di antara ilmu dunia
dan ilmu agama mana satu yang anda utamakan? Mana satu di antara dua ilmu itu
yang anda khuatirkan jika anda tidak faham? Muhasabah diri..
Risau juga jika saudara-saudara seislam salah faham di
antara kepentingan menuntut ilmu agama dan dunia. Ilmu agama itu wajib
dipelajari sedangkan ilmu dunia hanya fardhu kifayah. Dengan ilmu, ibadat dapat
dilakukan dengan sempurna, jikalau tiada ilmu maka kita tidak tahu adakah
ibadat yang kita lakukan itu benar-benar seperti yang dikehendaki Allah dan di
ajar oleh Rasulullah atau tidak.
Paling the best ialah apabila kita cemerlang ilmu agama dan
ilmu dunia!^^
4. Ibubapa- haa..kepada ibubapa2 sekalian *ada ke ibu bapa
yang baca.
Berapa kali sudah anda kecikan hati anak2 anda yang besar tu?
Disebabkan keegoan anda dan tahu anda itu berkuasa , berjasa membesarkan anak2
tidak bermakna anda sesuka hati boleh mengecikkan dan menyakitkan hati
anak-anak anda. Anda juga pernah menjadi seorang anak? Dan anda pasti faham
perasaan seorang anak kan?
Baru-baru ni selalu dapat kes anak yang kecik hati, nak lari
dari rumah, terasa ibu bapa tidak adil, dimarahi atas kesalahan adik beradik
yang lain, menjadi mangsa tempat melepaskan amarah ibu bapa dan sebagainya..
aduh.. tak tahu siapa betul siapa salah sebab dengar sebelah pihak tetapi boleh
tak jikalau ibubapa menghormati dan memahami perasaan anak walaupun anda adalah
orang yang lebih dewasa dan berjasa? Dan
kepada anak, silalah menjadi anak yang memahami dan menghormati ibubapa. Aman
dunia..insyaAllah
anak itu adalah amanah dari Allah yang perlu diuruskan
sebaik-baiknya kerana mereka ibarat pelaburan kita di dunia dan di akhirat.
Seorang anak juga manusia, sama seperti anda. Ajarkanlah anak-anak untuk
mengenali Allah dan Rasulullah.
Bagaimana pula dengan nilai-nilai islam? Adakah sudah
diterapkan di dalam keluarga anda sepenuhnya atau ibu bapa dengan lepas
tangannya telah menyerahkan tanggungjawab itu 100% kepada ustaz ustazah di
sekolah? Adakah hanya dengan kelas fardhu ain setiap petang itu sudah cukup
untuk memberi anda anak yang soleh?. Dimana doa dari mereka inilah yang akan
anda perlukan kelak? Muhasabah diri.
Jangan salahkan anak jika mereka tidak menjadi manusia.
Setiap kesalahan yang anak-anak lakukan ianya berpunca dari ibu bapa itu
sendiri. jadi jangan terguris hati jika ada suara-suara yang menyatakan anda
tidak pandai mendidik anak. Apabila anak melakukan kesilapan dan dosa maka anak
dan ibu bapa perlu bertaubat dan mohon keampunan dari Allah. Kerana keburukan
yang berlaku berpunca dari kedua pihak. Hentikan budaya salah menyalahkan
tetapi hidupkan budaya betul membetulkan.
Belum lagi sentuh
tentang sumber yang halal untuk membesarkan anak-anak.
Memiliki keluarga yang islami adalah impian setiap muslim
namun tidak semua mampu merealisasikannya. Jadi, muhasabah itu perlu untuk
membantu kita merealisasikan impian kita untuk memiliki keluarga islami.
5. Anak-Anak
Hai anak2..jangan ingat anda boleh terlepas!. Anda juga
perlu muhasabah diri. Hari ni dah berapa kali anda tinggikan suara kepada ibu
bapa anda? Dah berapa kali anda kata “ ah! Jap la!”. Berapa kali anda
memberontak melawan kata ibubapa anda? Berapa kali anda merajuk hanya gara2 ibu
bapa tak bagi anda keluar dengan buaya frend dan gatal frend? Ada tak anda
mudahkan urusan ibu bapa anda di rumah? Ada tak doakan untuk ibubapa anda? Adakah cuti semester yang singkat itu
digunakan untuk berbakti kepad ibu bapa anda? Fikir-fikirkan
6. Sahabat- besar makna perkataan sahabat ni. Boleh dikatakan
sejak berjauhan dengan keluarga sahabat lah insan yang sentiasa dengan kita
semasa susah dan senang. Bagi saya perkataan sahabat ini sangat mahal. Untuk
mendapat gelaran sebagai sahabat juga ambil masa , mungkin bertahun. Bila kita
dah declare dia sahabat kita bermakna dia sudah menjadi sebahagian dari
tanggungjawab besar kita. mereka lah orang yang kita concern lebih dari orang
lain. mendapat lesen sebagai sahabat
tidak bermakna anda boleh memaksa sahabat anda untuk berlapang dada dan
bersabar dengan perangai buruk anda tu.
“eh, awak kan sahabat
saya, jadi awak kena la berlapang dada dan terima saya seadanya! Perangai saya
memang macam ni la..sudah nak ubah tau. Awak kena la adapt dengan perangai saya ni”
Amboi-amboi..banyak cantik hang. Kalau setakat perangai yang
suka bersedekah, bagi mesej2 cinta yang mengingatkan kepada Allah atau pun
menyamar jadi secret admirer then letak hadiah kat depan muka pintu tak pala..
aku boleh adapt lagi.
Tapi kalau dah sampai perangai tu sakitkan hati, hang kena
la berubah walaupun dah terbiasa dengan perangai tu. Aku ni sebagai sahabat
hangpa ada perasaan jugak.”
“Kata sayang aku, tak
kan tak boleh berubah kot?”
Justeru saya dan anda sebagai seorang sahabat kena banyak
muhasabah diri sendiri. Kita tanyakan kembali apa perbuatan kita hari ini yang
sudah menyakitkan hati sahabat kita tanpa kita sedari. Yelah..kesian kat kawan
kita tu, asyik kena bersabar dan berlapang dada je dengan perangai degil,
kepala batu kita yang selalu buat mereka terguris tu, kata kita je yang betul. Memang
la air muka diorang senyum, tak tunjuk apa. Tapi cuba hang perhati betui2
setiap tindakan non verbal dan kata2 yang mereka ucapkan bila kita buat
perangai tak baik tu. Mesti nampak punya ketidak sukaan mereka terhadap
perangai kita tu. Lagi pun kita dah lama bersahabat kan?, mesti kita perasan
kalau sahabat kita tu tak suka dengan perangai kita.
Sahabat kita ni pula bukan tak nak tegur perangai kita yang
tak baik tu tapi diorang dah habih
pikiaq dah. Tak tau nak buat macam mana dah kat kita yang degil ni. Kalau
berterus terang nanti kita terguris pulak, kalau di diamkan mereka jugak yang
teraniaya.
Jadi, jomla pakat2 muhasabah diri sama2. Mana2 perangai
degil ikut suka kepala kita tu tolong la ubah. Setiap kata2 kita yang lancang
dan pedas tu cukup2 la naa.. berkata benar pada tempatnya. Tak mau dah sakitkan
hati sahabat2 kita lagi, perangai malas tak kenal rajin tu hentikanlah.
Muhasabahlah diri anda sebagai seorang sahabat..semoga
keesokan harinya kita menjadi sahabat yang mengalirkan cas2 positif agar
sahabat2 disekeliling kita lebih bersemangat untuk hidup dan excited tunggu
hari esok untuk date dengan kita. peace!
kita tahu kita susah nak ubah perangai tak baik tu tapi tak rugi kan kalau kita berubah jadi seseorang yang lebih baik?
7. Murabbi VS Mutarabbi - murabbi dan mutarabbi ni senang
cerita seperti guru dan anak murid. Tetapi peranan murabbi itu lebih luas dan
menyeluruh berbanding guru sekolah. Murabbi membimbing dan mentarbiah mutarabbi
untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Siapa kata tak ada perselisihan antara murabbi dan
mutarabbi?
Kadangkala Murabbi perlu memuhasabah diri juga terhadap apa
yang dilakukannya terhadap mutarabbinya. Cara yang sama tidak wajar digunakan
kepada mutarabbi yang berbeza. Ini kerana setiap manusia kan berbeza. Ada
manusia yang perlukan pendekatan yang keras manakala ada sebahagiannya perlukan
pendekatan yang lembut lagi menyentuh jiwa. Tiada format khusus di dalam proses
mentarbiah seseorang, kerana manusia itu unik.
Saya dan anda sebagai Murabbi perlu pastikan tarbiah yang
dilaksanakan benar-benar sesuai dan memberi impak kepada mutarabbi
tersebut. Kita tidak mahu tarbiah yang
kita laksanakan membentuk manusia yang mengikut acuan kita tapi sepatutnya dia
mengikut acuan Allah.
Dan tidak lupa juga kepada saya dan anda sebagai mutarabbi
untuk memuhasabah diri atas apa yang dilakukan oleh murabbi kepada kita.
Murabbi kita bukansengaja mahu memaksa kita tetapi mereka mahukan yang terbaik
untuk diri kita.
Perhubungan yang baik dan kepercayaan yang jujur perlu
sebelum proses tarbiah. Tak kan lah kita yang tak kenal bagaimana persisnya
mutarabbi kita itu semberono je nak mentarbiah dia tanpa usul periksa. Pada
permulaannya perlu ada taaruf, perhubungan yang baik, kepercayaan mutarabbi
kepada murabbinya. Indikatornya..apabila anda sebagai murabbi telah dipercayai,
mutarabbi anda tanpa segan silu akan menceritakan permasalahannya kepada anda
dan meminta anda untuk menjadi seseorang yang dipercayainya.
Jangan cerita tentang ukhuwah jika anda belum benar2
memahaminya.
Peringatan: apabila anda dicari, mahupun di ajak
berkomunikasi bermakna ketika itu anda sangat diperlukan. Namun, jika di
keadaan ini anda hanya mendiamkan diri dan memberi kekecewaan kepada yang
memerlukan maka persiapkanlah diri untuk tidak diberi kepercayaan.
8. Kekasih- jengx3! xde! Eh.. Ada2! ..muhasabah diri dan tanyakan diri
anda, “perlu ke aku berkasih dengan dia sedangkan Allah offer cinta yang lebih
mahal, cinta yang mampu bawa aku ke syurga..?”
akad nikah pun belum
lagi! dah pening2 memikirkan perkara yang tak layak untuk difikirkan!” peace!^^
Kesimpulannya..semua di atas adalah diri kita sendiri. Kita
sebagai hamba, umat, bakal ibu bapa atau
anak, sahabat, pendakwah dan orang yang di dakwah.
Malas nak tulis panjang2..
SEMOGA ALLAH REDHA DAN
BERMANFAAT!^^