اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ “Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim

Tuesday 1 January 2013

Bukan kata2 ustaz ustazah tapi perintah Allah.


.
Assalamualaikum..dah lama tak menulis perkara-perkara tak bermanfaat di blog ini. Straight to the point dengan sangat tegasnya saya ada satu permintaan buat anda yang sudah lama saya diamkan. Saya mohon anda menutup aurat jika anda seorang Islam tidak kira anda lelaki mahupun perempuan tetapi post ni lebih spesifik kepada perempuan. 

Perintah menutup aurat ini bukan kata-kata dari ustaz mahupun ustazah tetapi adalah perintah Allah. Dan saya juga bukan suka-suka untuk meminta anda menutup aurat melainkan memberitahu apa yang Allah perintahkan kepada anda sebagai seorang hambaNya.
 
Allah tak minta kita hanya memakai tudung, mahupun selendang yang tidak jarang atau pun shawl menutup dada yang membelit leher kita, tetapi Allah mahu kita menutup aurat. Mungkin juga wanita-wanita islam liat untuk menutup aurat kerana mempunyai masalah iman. Memang benar jika iman anda bermasalah sukar untuk anda melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah..

Ambillah iktibar dari kisah wanita-wanita ansar dan muhajirin itu ketika Allah menurunkan perintah hijab.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putraputra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanitawanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS An-Nuur [24] : 31)

Sangat spesifik sekali Allah menerangkan kepada wanita siapakah lelaki2 yang dibenarkan untuk kita memperlihatkan apa yang tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki lain.

Wanita-wanita ansar dan muhajirin ketika mengetahui akan perintah Hijab terus menarik dan mengambil kain2 yang mereka miliki dirumah untuk menutup apa yang wajib mereka tutupi tanpa berfikir panjang adakah aku tidak kelihatan cantik jika berhijab, adakah berhijab itu ketinggalan zaman, adakah berhijab itu menunjukkan aku ini terlalu baik. Tidak! Mereka menuruti perintah itu kerana keimanan yang telah terpasak di dalam jantung hati. Ketakwaan yang kukuh, ketaatan yang tidak berbelah bagi dan perasaan kehambaan yang sedar diri.

Bagaimana untuk saya sampaikan kepada anda betapa hina dan sementaranya dunia ini jika anda sendiri tidak membuka hati anda untuk menerima perintah Allah dan tidak membuka mata hati anda untuk Islam. Walau sehitam mana pun hati kita, walau sepenuh dunia pun dosa yang telah kita lakukan tetapi pintu taubat itu masih terbuka. walau seindah mana pun dunia ini, walau gembira bukan kepalang pun  hidup di dunia, walau selonggok pun harta anda tetapi ruang khas dihati anda itu tidak akan terisi dengan ketenangan dan kebahagian hakiki jika kita tidak mengisinya dengan ruh kehambaan, ruh ketaatan dan ketakwaan hanya kepada Allah. Dan untuk pengetahuan anda keampunan dan rahmat Allah itu terlalu luas asalkan anda ingin berubah.

Allah bukan hanya mahu anda bertudung, tetapi Allah mahu anda menutup aurat. Bertudung sahaja tetapi berpakaian ketat, nipis tudung dan pakaiannya sehingga menampakkan batang leher, rambut, telinga tubuh badan dan sebagainya masih tidak sempurna.  Saya faham perintah ini sangat berat buat sesetengah pihak. Seperti perintah untuk solat. Walaupun 2 rakaat tetap rasa berat yang teramat sangat untuk melaksanakannya. benarlah dakwah itu perlu dimulakan dengan tauhid. Kerana bila tauhid dah mantap setiap perintah itu mampu dilaksanakan bukan kerana manusia tetapi kerana sedar diri bahawa dia hanyalah seorang hamba yang perlu menurut perintah tuannya.

Islam tak minta anda bertudung labuh sehingga ke lutut, mahupun seperti tudung labuh ustazah. Itu semua atas keselesaan masing2 asalkan menutup dada dan tidak menampakan apa yang tidak sepatutnya nampak.  Pakaiannya yang dipakai mestilah tidak ketat dan tidak nipis sehingga membuatkan anda kelihatan seperti wanita yang tidak berpakaian.Terang jelas dan nyata. 

Sedihnya..terlalu banyak pakaian di pasaran yang menggunakan label pakaian muslimah tapi terang terangan tidak mengikut syariat. Lalu, wanita-wanita yang ingin menjadi muslimah tapi tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman memilih pakaian-pakaian seperti ini. Belum sentuh tentang tabarruj lagi (bersolek secara berlebihan). Mungkin ada sebahagian wanita Islam yang salah faham tentang “menutup aurat”. Kebanyakkannya beranggapan asalkan tak nampak rambut itu sudah dikira tutup aurat. Asalkan seluruh badan ditutup tak peduli ketat, nipis atau sebagainya itu juga dah dikira menutup aurat. Mungkin masalah disini adalah bagaimana Islam itu disampaikan oleh pendakwah sehingga begitu sukar sekali orang awam untuk memahami “menutup aurat” dalam erti kata sebenar. Atau, mungkin juga dah tahu erti kata menutup aurat yang sebenar tetapi tidak begitu mengendahkan dan lebih mengutamakan pandangan hamba sepertinya dan mungkin juga telah dikaburi nafsu, termakan umpan syaitan dan sebagainya. Benarlah tingkat dosa itu berbeza walaupun dosa yang dilakukan sama. Orang yang tidak menutup aurat tetapi tidak tahu akan kewajipan dan tuntuan syariat yang sebenarnya mungkin akan menerima hukuman yang berbeza dari mereka yang tahu  tetapi memilih untuk tidak menurutinya. 

Saya tak menjumpai lagi kajian saintifik yang membuktikan bahawa wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna dapat mengelakkan tubuh badannya daripada ditimpa penyakit, atau rambut muslimah yang bertudung lebih lembut dan cantik berbanding wanita free hair. Tapi apa yang saya yakin dan pasti, dengan menutup aurat anda mampu memelihara hati2 lelaki yang bermasalah, mampu menundukkan nafsu mereka tidak kira mereka islam mahupun non muslim. Ini kerana, ada sesetengah pihak yang perlukan bukti saintifik dahulu baru nak ikut perintah Allah. Seperti kajian mengenai kebaikan solat dan puasa kepada tubuh badan manusia. Cukuplah dengan janji Allah untuk memberikan ganjaran nikmat kepada mereka yang mengikuti perintahNya dan kemurkaannya buat mereka yang melanggar perintahNya. 

Di samping itu, anda juga mampu memelihara maruah diri anda sebagai seorang wanita dan meninggikan darjat anda berbanding wanita2 kafir. Atau mungkin anda tidak kisah tentang maruah dan suka dipandang lekeh oleh lelaki2 yang memberi janji manis dan pujian palsu yang pada akhirnya merugikan diri anda sendiri. rasanya anda tidak begitu kan?

Saya faham dan mengerti bahawa amat sukar untuk anda melaksanakan perintah ini tetapi cubalah anda pasakkan di dalam hati anda bahawa perintah Allah ini untuk kebaikan anda. Ibaratnya anda memiliki seorang hamba lalu anda memerintahkannya untuk melakukan sesuatu tetapi hamba anda itu menolak untuk melakukannya atau jika dia melakukannya dia tidak mengikut perintah anda betul2. Lain disuruh lain dibuatnya. Agak2nya apa perasaan anda? Marah? Geram? Pukul hamba tersebut? Beli hamba lain? tetapi kita sendiri sebagai hamba kepada Allah walaupun tidak pernah berhenti dari melakukan kesilapan dan dosa tapi masih diberi offer pengampunan. Tidak perlu tunggu seperti jualan hujung tahun, tidak perlu tunggu dah tua, tak perlu tunggu umur 40 tahun tapi Allah sentiasa membuka peluang untuk anda bertaubat selagi matahari tidak terbit di barat, dan selagi nyawa anda tidak di ambil oleh malaikat maut. Kita sendiri tak tahu bila ajal kita jadi kenapa perlu bertangguh untuk melakukan kebaikan?

Saya secara seriusnya tidak menjanjikan anda akan memperoleh kekayaan, anak2 yang soleh dan solehah mahupun suami yang bercirikan imam muda tapi iras artis korea jika anda melaksanakan perintah Allah. Tetapi saya hanya mampu menjanjikan bahawa anda akan memperolehi ketenangan dan kebahagian hati jika anda melaksanakan perintahNya sebaik mungkin dengan penuh keihklasan. Dan pastinya janji Allah untuk memberi ganjaran kepada anda adalah pasti. 
 

“Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS An-Nahl [16] : 97)

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan
perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan
yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyakmenyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS Al-Ahzab
[33] : 35)

Wallhualam.. semoga Allah memberi kita semua petunjuk yang lurus.

.:Waktu yang tinggal:.


Get your own Digital Clock