.
Assalamualaikum..dah lama tak menulis perkara-perkara tak
bermanfaat di blog ini. Straight to the point dengan sangat tegasnya saya ada
satu permintaan buat anda yang sudah lama saya diamkan. Saya mohon anda menutup
aurat jika anda seorang Islam tidak kira anda lelaki mahupun perempuan tetapi
post ni lebih spesifik kepada perempuan.
Perintah menutup aurat ini bukan kata-kata dari ustaz
mahupun ustazah tetapi adalah perintah Allah. Dan saya juga bukan suka-suka
untuk meminta anda menutup aurat melainkan memberitahu apa yang Allah
perintahkan kepada anda sebagai seorang hambaNya.
Allah tak minta kita hanya memakai tudung, mahupun selendang
yang tidak jarang atau pun shawl menutup dada yang membelit leher kita, tetapi
Allah mahu kita menutup aurat. Mungkin juga wanita-wanita islam liat untuk
menutup aurat kerana mempunyai masalah iman. Memang benar jika iman anda
bermasalah sukar untuk anda melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh
Allah..
Ambillah iktibar dari kisah wanita-wanita ansar dan
muhajirin itu ketika Allah menurunkan perintah hijab.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putra-putra mereka, atau putraputra suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra
saudara perempuan mereka, atau wanitawanita Islam, atau budak-budak yang mereka
miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah
mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS An-Nuur [24] : 31)
Sangat spesifik sekali Allah menerangkan kepada wanita
siapakah lelaki2 yang dibenarkan untuk kita memperlihatkan apa yang tidak boleh
diperlihatkan kepada lelaki lain.
Wanita-wanita ansar dan muhajirin ketika mengetahui akan
perintah Hijab terus menarik dan mengambil kain2 yang mereka miliki dirumah
untuk menutup apa yang wajib mereka tutupi tanpa berfikir panjang adakah aku
tidak kelihatan cantik jika berhijab, adakah berhijab itu ketinggalan zaman,
adakah berhijab itu menunjukkan aku ini terlalu baik. Tidak! Mereka menuruti
perintah itu kerana keimanan yang telah terpasak di dalam jantung hati.
Ketakwaan yang kukuh, ketaatan yang tidak berbelah bagi dan perasaan kehambaan
yang sedar diri.
Bagaimana
untuk saya sampaikan kepada anda betapa hina dan sementaranya dunia ini
jika anda sendiri tidak membuka hati anda untuk
menerima perintah Allah dan tidak membuka mata hati anda untuk Islam.
Walau
sehitam mana pun hati kita, walau sepenuh dunia pun dosa yang telah kita
lakukan tetapi pintu taubat itu masih terbuka. walau seindah mana pun
dunia ini,
walau gembira bukan kepalang pun hidup
di dunia, walau selonggok pun harta anda tetapi ruang khas dihati anda itu tidak akan terisi dengan ketenangan
dan kebahagian hakiki jika kita tidak mengisinya dengan ruh kehambaan, ruh
ketaatan dan ketakwaan hanya kepada Allah. Dan untuk pengetahuan anda keampunan
dan rahmat Allah itu terlalu luas asalkan anda ingin berubah.
Allah bukan hanya mahu anda bertudung, tetapi Allah mahu
anda menutup aurat. Bertudung sahaja tetapi berpakaian ketat, nipis tudung dan
pakaiannya sehingga menampakkan batang leher, rambut, telinga tubuh badan dan
sebagainya masih tidak sempurna. Saya
faham perintah ini sangat berat buat sesetengah pihak. Seperti perintah untuk
solat. Walaupun 2 rakaat tetap rasa berat yang teramat sangat untuk
melaksanakannya. benarlah dakwah itu perlu dimulakan dengan tauhid. Kerana bila
tauhid dah mantap setiap perintah itu mampu dilaksanakan bukan kerana manusia
tetapi kerana sedar diri bahawa dia hanyalah seorang hamba yang perlu menurut
perintah tuannya.
Islam tak minta anda bertudung labuh sehingga ke lutut,
mahupun seperti tudung labuh ustazah. Itu semua atas keselesaan masing2 asalkan
menutup dada dan tidak menampakan apa yang tidak sepatutnya nampak. Pakaiannya yang
dipakai mestilah tidak ketat dan tidak nipis sehingga membuatkan anda kelihatan
seperti wanita yang tidak berpakaian.Terang jelas dan nyata.
Sedihnya..terlalu banyak pakaian di pasaran yang menggunakan
label pakaian muslimah tapi terang terangan tidak mengikut syariat. Lalu,
wanita-wanita yang ingin menjadi muslimah tapi tidak mahu dikatakan ketinggalan
zaman memilih pakaian-pakaian seperti ini. Belum sentuh tentang tabarruj lagi
(bersolek secara berlebihan). Mungkin ada sebahagian wanita Islam yang salah
faham tentang “menutup aurat”. Kebanyakkannya beranggapan asalkan tak nampak
rambut itu sudah dikira tutup aurat. Asalkan seluruh badan ditutup tak peduli
ketat, nipis atau sebagainya itu juga dah dikira menutup aurat. Mungkin masalah
disini adalah bagaimana Islam itu disampaikan oleh pendakwah sehingga begitu sukar
sekali orang awam untuk memahami “menutup aurat” dalam erti kata sebenar. Atau,
mungkin juga dah tahu erti kata menutup aurat yang sebenar tetapi tidak begitu
mengendahkan dan lebih mengutamakan pandangan hamba sepertinya dan mungkin juga
telah dikaburi nafsu, termakan umpan syaitan dan sebagainya. Benarlah tingkat
dosa itu berbeza walaupun dosa yang dilakukan sama. Orang yang tidak menutup
aurat tetapi tidak tahu akan kewajipan dan tuntuan syariat yang sebenarnya mungkin
akan menerima hukuman yang berbeza dari mereka yang tahu tetapi memilih untuk tidak menurutinya.
Saya tak menjumpai lagi kajian saintifik yang membuktikan
bahawa wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna dapat
mengelakkan tubuh badannya daripada ditimpa penyakit, atau rambut muslimah yang
bertudung lebih lembut dan cantik berbanding wanita free hair. Tapi apa yang
saya yakin dan pasti, dengan menutup aurat anda mampu memelihara hati2 lelaki yang
bermasalah, mampu menundukkan nafsu mereka tidak kira mereka islam mahupun non
muslim. Ini kerana, ada sesetengah pihak yang perlukan bukti saintifik dahulu
baru nak ikut perintah Allah. Seperti kajian mengenai kebaikan solat dan puasa
kepada tubuh badan manusia. Cukuplah dengan janji Allah untuk memberikan
ganjaran nikmat kepada mereka yang mengikuti perintahNya dan kemurkaannya buat
mereka yang melanggar perintahNya.
Di samping itu, anda juga mampu memelihara
maruah diri anda sebagai seorang wanita dan meninggikan darjat anda berbanding
wanita2 kafir. Atau mungkin anda tidak kisah tentang maruah dan suka dipandang
lekeh oleh lelaki2 yang memberi janji manis dan pujian palsu yang pada akhirnya
merugikan diri anda sendiri. rasanya anda tidak begitu kan?
Saya faham dan mengerti bahawa amat sukar untuk anda
melaksanakan perintah ini tetapi cubalah anda pasakkan di dalam hati anda
bahawa perintah Allah ini untuk kebaikan anda. Ibaratnya anda memiliki seorang
hamba lalu anda memerintahkannya untuk melakukan sesuatu tetapi hamba anda itu
menolak untuk melakukannya atau jika dia melakukannya dia tidak mengikut
perintah anda betul2. Lain disuruh lain dibuatnya. Agak2nya apa perasaan anda?
Marah? Geram? Pukul hamba tersebut? Beli hamba lain? tetapi kita sendiri sebagai
hamba kepada Allah walaupun tidak pernah berhenti dari melakukan kesilapan dan
dosa tapi masih diberi offer pengampunan. Tidak perlu tunggu seperti jualan
hujung tahun, tidak perlu tunggu dah tua, tak perlu tunggu umur 40 tahun tapi
Allah sentiasa membuka peluang untuk anda bertaubat selagi matahari tidak
terbit di barat, dan selagi nyawa anda tidak di ambil oleh malaikat maut. Kita
sendiri tak tahu bila ajal kita jadi kenapa perlu bertangguh untuk melakukan
kebaikan?
Saya secara seriusnya tidak menjanjikan anda akan memperoleh
kekayaan, anak2 yang soleh dan solehah mahupun suami yang bercirikan imam muda
tapi iras artis korea jika anda melaksanakan perintah Allah. Tetapi saya hanya mampu
menjanjikan bahawa anda akan memperolehi ketenangan dan kebahagian hati jika anda
melaksanakan perintahNya sebaik mungkin dengan penuh keihklasan. Dan pastinya
janji Allah untuk memberi ganjaran kepada anda adalah pasti.
“Barang
siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik
dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih
baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS An-Nahl [16] : 97)
“Sesungguhnya
laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin,
laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan
perempuan
yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang
khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan
yang
berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan
perempuan yang banyakmenyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka
ampunan dan pahala yang besar.” (QS Al-Ahzab
[33] : 35)
Wallhualam.. semoga Allah memberi kita semua petunjuk yang
lurus.
No comments:
Post a Comment