Walaupun
Malaysia bukanlah Negara yang mengalami 4 peralihan musim iaitu musim panas,
sejuk,bunga dan luruh tetapi masih kita tidak ketinggalan untuk mengalami 1
musim yang terhebat selain dari yang 4 tadi iaitu musim peperiksaan yang
sememangnya sudah dijangkakan gelombangnya Cuma bergantung kepada individu tersebut
sama ada mahu menyediakan diri menghadapi musim ini atau sebaliknya. Terpulang…
pokok dek kau kata orang N9.
Pada
hemat saya post kali ini bersesuaian dengan musim peperiksaan yang sedang membahang
sekarang (perasan).
Saya
tak tahu nak komen apa tentang peperiksaan.. pernah terbaca komen budak bijak
pandai yang menjadi pelajar terbaik sekolah “ pelajar yang bijak sukakan
peperiksaan”. Tapi kenapa saya tak suka pun?
Saya
juga yakin majoriti pelajar tidak
sukakan peperiksaan walaupun saya tidak menjumpai mana2 statistik yang
menyatakan sedemikian, sekadar persepsi. Buktinya ada pelajar yang tertekan
sebelum, sementara dan selepas peperiksaan. Bahkan paling menakutkan ada yang
mengambil keputusan untuk berhenti dari terus hidup di dunia ini gara-gara
kecewa dengan keputusan peperiksaan mereka. Dan yang melakukan perbuatan berani
mati itu bukan budak2 biasa dik, budak universiti! budak pandai dimana target
mereka tersasar jauh dari keputusan sebenar peperiksaan mereka.
Entahla..kadangkala
peperiksaan ini ada baiknya dan ada kala membawa padah. Peperiksanan baik dari
segi ianya boleh dijadikan sebagai pengukur untuk mengukur prestasi akademik
seseorang jadi lebih mudah untuk memilih siapa yang layak untuk masuk ke universiti dan tahu
siapa yang terbaik. Padahnya bagi saya banyak sehingga saya tak mampu nak
huraikan disini. Nampak sangat saya tak sukakan peperiksaan. Apa yang saya
pasti peperiksaan memberi tekanan, sama ada positif atau negatif bergantung
kepada individu tersebut bagaimana dia menginterpretasi peperiksaan itu.
Setiap
manusia berbeza taqdirnya.ada sebahagian orang dari kali pertama dia menduduki
peperiksaan sehingga semua peperiksaan di dunia ini dia sentiasa cemerlang. Ada
sebahagiannya tidak istiqamah. Kadangkala cemerlang, kadangkala terbabas
kemalangan dan ada juga yang keputusan tak cemerlang sokmo ..inilah kehidupan
manusia. Sebahagiannya bila berjaya perasan kejayaan itu adalah usaha tak ingat
dunianya, manakala ada sebahagian yang
berusaha ala kadar sahaja dan akhirnya gagal menyedapkan hati ibubapa dengan
menyatakan kepada mereka ianya adalah ketentuan Allah selepas buntu tak tahu
macam mana nak bagi alasan apa kat ibubapa. “adik dah usaha dah tapi tak dapat
score jugak..nak wat camne, dah takdir Allah”. Pandai bagi alasan tapi usahanya
tak. Itulah manusia..kita.
Moto “usaha tangga kejayaan” sering dilaung
laungkan sejak zaman persekolahan lagi tapi saya berpendapat usaha bukan tangga
kejayaan tapi usaha tangga pahala. Kenapa saya berkata begitu?kerana usaha tak
menjanjikan kita akan berjaya dan kerana setiap usaha kita menyumbang kepada
peningkatan bonus pahala pemberian Allah tidak kira usaha kita itu memacu
kejayaan mahu pun tersasar kepada kegagalan.
Seringkali
sebahagian insan akan berkata “ kejayaan saya ini adalah kerana saya melakukan
ini dan itu, kerana saya berusaha, stay up, makan kismis, minum air yasin,
"well adik beradik aku memang pandai, genetik terbaek, hang tak tau aku study
gila sampai tak tido 3 malam dah” dan sebagainya tanpa dia sedari kejayaan yang
dimilikinya itu adalah kerana kehendak Allah. Kita berusaha dan pada masa yang
sama Allah mengizinkan kita untuk berjaya. Kadangkala usaha kita itu tak
setinggi mana tapi kejayaan kita melebihi usaha. Bahkan, kadangkala kita
berusaha sehabis mungkin tetapi kejayaannya tidak seperti yang diharapkan. Dan
mungkin juga kita usaha dan kita berjaya atas kehendakNya.
Justeru
itu, di dalam islam. Baginda mengajar kita untuk berusaha, berstrategi, berdoa
dan bertawakal tetapi tidak pernah baginda berjanji sama sekali bahawa kita
akan memperolehi kejayaan apabila kita sudah melakukan semua itu. Cuma, kita
pasti akan mendapat pahala, ganjaran dari Allah kerana Allah melihat pada usaha
bukan pada hasilnya. Jika usahanya dilakukan dengan cara yang halal tetapi
tidak berjaya masih kita mendapat bonus dari Allah. Berbeza pula bila kita
usaha dengan cara yang haram tetapi akhirnya berjaya. Dapat pahala atau tak
wallhualam. Jika kita masih ingat2 lupa
selepas perang Badar antara perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah adalah
memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Baginda tidak putus2 memanjatkan pujian
dan syukur kepada Allah.
Baginda
tak kata pada sahabat bahawa kejayaan dalam perang Badar itu adalah kerana
kekuatan, strategi dan persedian mereka tetapi baginda mengucapkan kata2 pujian
kepada Allah yang telah menewaskan tentera musyrikin. Firman Allah "Dan
bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah
yang melempar" (al-Anfal: 17).
Seperti
yang anda tahu jumlah tentera Musyrikin mencecah 1000 orang dengan persiapan
yang lengkap sewaktu perang Badar sedangkan
tentera Islam jumlah hanya 313/ 314/317 mengikut beberapa riwayat. Disebabkan jumlah dan persedian tentera Musyrikin itu
menimbulkan perasaan gentar dikalangan tentera islam namun, dengan kekuasan
Allah tentera Islam beroleh kemenangan. Disinilah
baginda mengajar sahabat dan memasakkan keimanan di dalam diri sahabat bahawa
apa yang berlaku itu adalah melalui kekuasaan Allah dan kehendaknya. Apakan
daya saya sebagai seorang insah dah lupa bait2 yang diungkapkan oleh Rasulullah
selepas perang Badar tersebut. Saya tak pasti sama ada saya mendengar atau
membaca. Bagaimanapun kata-kata itu menjadi bukti bagaimana Rasulullah mendidik
hati para sahabat dan menguatkan keimanan mereka. Begitu juga semasa perang
Hunain, walaupun jumlah tentera Islam lebih ramai daripada tentera Musyrikin
tetapi Allah tidak berkehendakkan kejayaan ke atas tentera islam pada awalnya
untuk mengajar tentera Islam. Sebelum perang hunain bermula terdapat di antara mereka yang berkata
setelah melihat bilangan tentera islam yang berjumlah 12 000 orang “Di hari ini kita tidak boleh dikalahkan lagi”
Kata-kata ini dianggap dan dipandang berat oleh Rasulullah.
Firman
Allah ini menceritakan apa yang telah terjadi semasa perang Hunain
“Dan
ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah
kamu.maka
jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang
luas
terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.
Kemudian
Allah
menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah
menurunkan
bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada
orang-orang
kafir dan demikian pembalasan kepada orang-orang kafir ".
(al-Taubah:
25 - 26). Dan ini menjadi bukti, bukan usaha, bukan jumalah, bukan kekuatan yang
menjadi penyebab kepada kejayaan tetapi semuanya atas kehendak dan kekuasaan Allah.wallhualam.
jadi, bila kita memperoleh kejayaan ingatlah
bahawa kejayaan itu atas kehendak Allah bukan usaha anda walaupun pada zahirnya
anda berusaha tapi hakikatnya ia berlaku atas kehendak Allah.bukan apa, bila
anda berperasaan kejayaan itu adalah atas usaha anda barangkali akan
menimbulkan perasaan Ujub di dalam diri anda dimana penyakit ini sangat
berbahaya. Menurut Ibnu Taimiyyah Ujub adalah bentuk syirik kepada diri sendiri dimana ia merasa
dirinyalah atau kehebatannyalah yang membuatkan dia berjaya.
Manakala bagi yang tidak mencapai apa yang di
idamkan walaupun sudah berusaha sehingga pengsan, terimalah ianya dengan sabar
dan redha akan kehendak Allah. Pasti terdapat hikmah disebaliknya.Allah tahu
apa yang terbaik untuk hambaNya.
Walaupun
setiap yang berlaku itu atas kehendak Allah tetapi Islam tidak mengajar kita
untuk menjadi umat yang lemah, tidur, menunggu rezki dari Allah sambil tidak
berbuat apa-apa tetapi islam menganjurkan kita berusaha kerana setiap cebisan
usaha kita itu ada ganjaran pahala. Berjaya atau tidak akhirnya bukanlah tujuan
utama. Kita dah usaha tapi segalanya terserah pada Allah. Jika berjaya kita
bersyukur dan memujiNya, jika gagal kita sabar dan redha bahawa ini semua ketentuanNya
dan pasti ada hikmah yang berlaku dan salah satunya kerana Allah tahu apa yang
terbaik untuk kita seperti yang dinyatakan di dalam AlQuran surah Al-Baqarah
ayat 216 “ Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan
bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik
bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”..
begitu juga doa.. kita hanya mampu berdoa tapi
doa itu tidak memastikan kita pasti akan mendapat apa yang kita mahukan. Tapi
apa yang penting! Sama ada kita gagal atau berjaya kita tetap akan diberi
ganjaran di atas usaha kita. kemah keming kan?!
Perkara yang sudah lepas jangan dikenang,
perkara yang belum tentu terjadi jangan dirisaukan. Siapalah kita melainkan
seorang hamba yang sentiasa mengharapkan kasih sayang dan rahmat dari Tuhan.
Indahnya bila kita benar2 beriman dengan Qada’ dan Qadar. Setiap kejayaan yang
gagal dimiliki, setiap harta yang terlepas, setiap kesedihan yang berlaku
adalah kehendak Allah..tiadalah dunia ini melainkan persinggahan yang terasa
panjang tapi apabila dirungkai kembali terasa sangat singkat.
Hebatnya
mukmin itu apabila dia memperoleh nikmat dia bersyukur, apabila dia diuji dia
bersabar.
Begitu
juga di dalam dunia peperiksaan. Sebagai seorang Muslim kita mesti buat yang
terbaik iaitu berusaha sehabis mungkin
untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya ingat lagi kata-kata motivasi
Murabbi kepada kami sebelum SPM “wajib
dapatkan straight As walaupun cita-cita nak jadi nelayan”. Apa yang Murabbi nak
sampaikan adalah seorang Muslim wajib melakukan yang terbaik. Iaitu berusaha
sehabis mungkin di dalam setiap bidang yang dia ceburi sehingga beroleh
kejayaan. Insya Allah..
Namun,
bila sudah berusaha sehabis mungkin tapi anda gagal mendapat apa yang diimpikan
janganlah anda meroyan seperti dunia ini sudah berakhir buat anda. La Tahzan..
apakan daya..kita hidup di tempat yang mengalami musim peperiksaan, mahu atau
tidak kita tetap akan berhadapan dengannya Cuma terpulang kepada anda untuk
berusaha sehabis mungkin sebelum menghadapi musim itu atau hanya goyang kaki,
berangankan kejayaan sambil mengharapkan perkara ajaib berlaku walaupun ianya
tidak mustahil..
Kesimpulannya..peperiksaan
dunia bukan beban yang patut dipasakkan di dalam hati tetapi ianya perlu
diuruskan sebaik mungkin. “Ya Allah..jangan Engkau letakkan dunia di hatiku
tetapi letaklah ia ditanganku” Jangan disebabkan peperiksaan dunia, panggilan
solat jemaah di endahkan walaupun jarak bilik dengan surau hanya 50 meter.
Jangan disebabkan peperiksaan, anda sanggup tidur lewat malam lalu subuh
keterlewatan atau mungkin ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Jangan disebabkan
peperiksaan, hati anda resah gelisah sehingga anda lupa segalanya telah Allah
tetapkan. Jangan disebabkan peperiksaan, anda takut giler gaban sedangkan Allah
lah yang patut anda takutkan. Jangan disebabkan peperiksaan, anda menjadi seorang
insan yang lupa bahawa anda juga sedang menduduki peperiksaan terbesar dari
Allah. Tiada kejayaan mahu pun kegagalan di dunia ini melainkan di akhirat
kelak. Berjayanya anda jika menjadi penghuni syurga, gagalnya anda jika
dicampakkan ke neraka. Dicampakkan ya..
tahu kan dicampakkan itu macam mana? Permulaan untuk ke neraka itu pun sudah
sangat menggerunkan apatah lagi jika berada di dalamnya. Nauzubillah!
Bila
berjaya ucapkanlah kata2 pujian dan kesyukuran kepada Allah dan berusahalah
sehabis mungkin untuk membuang perasaan Ujub sebagaimana anda berusaha sehabis
mungkin untuk mendapatkan kejayaan itu. Namun jika anda gagal, mohonlah pertolongan Allah dengan
sabar dan solat sambil beristifar memohon keampunan supaya hati anda lebih
tenang untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang akan datang. Panjangnya
kesimpulan saya..semoga bermanfaat.. tenangkan jantung hati
br perasan siapa penulisnya... enti punya penulisan makin mantap...
ReplyDeletesaya tau awk perasan sebab ada word kemah keming kan?
ReplyDelete